Suka Blog KakLong tekan like! :)

Showing posts with label CeriterKu. Show all posts
Showing posts with label CeriterKu. Show all posts

Kami ber-BBQ

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 2:37 PM 0 budak comel
Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni kak long sleep over rumah kawan..Haha
Kami punya rancangan untuk buat BBQ ni semua last minute je, tak rancang awal-awal pun.
Tengah berbincang nak makan apa, lepas tu timbul lah idea nak makan ayam BBQ. Jadi kami pun buat keputusan nak BBQ malam tu. Petangnya terus pergi beli barang-barangnya.

Lepas Isyak, kami pun mula membako...ehh.. meng-grill sebenarnya..haha XD


Lepas dah kenyang macam ni lah jadinya...


Keesokan harinya, baru lah geng-geng lain datang.. Baru meriah, ramai orang!
Semalam punya ayam perap ada lagi, so...grill lagi! hahahaha XD


Menu tengah hari pada hari tersebut:
Spaghetti Bolognaise
Ayam BBQ Grill
Air A&W + Vanilla Ice-cream




pictures credit to Fatini Azmy


Hidup di PLKN

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 1:51 AM 0 budak comel
Cerita ni dah lama yer..
Baru nak update kat blog..haha..Lambat betul! :)


Ok, ini masa last day kat kem,
ada majlis penutup Kumpulan 1 Siri 10/2013

Antara aktiviti kat PLKN:
Ada aktiviti air, belajar elemen keselamatan dalam air. Kitorang siap pegi swimming pool lagi tau! Hehe :D


Ini pulak waktu petang, aktiviti riadah kami. Ada macam-macam game; bola sepak, bola jaring, bola tampar, futsal.. ni semua lawan antara kompeni..and ada gak lawan dengan staff kem.


Okay, ni masa semua takde keje agaknya.. So semua nak bergambar. Haha :D
Ni lah kawan-kawan rapat kak long kat sana. Satu kompeni satu dorm lagi! :')


Gambar kenangan kami di Kem PLKN Sinaran Suria


Masa ni ada jamuan kompeni, maklumalah kompeni kaklong banyak menang en, so time ni lah kitorang bukak segala hamper tu. Buat jamuan, makan ramai-ramai. Seronok! 
Sampai muka macam ape je, ye lah masing-masing dah penat, muka letih je semua.


Ok, ni masa malam akhir, malam penutup, malam perpisahan! Haha...masa ni segala macam persembahan ada. Daripada pelatih sampai lah staff pengurusan. 
Tema malam penutup kami ialah 'Fantasi & Magika'
Kak long dress simple je, tak cukup bajet lah katakan..haha :D


Memori sepanjang berada kat PLKN memang best. Ubah mind-set kita cakap TAK BEST!
Sebenarnya senang je nak bagi best, apa yang kita fikir itu lah yang akan terjadi!
Bila kita cakap ohh..tak best, maka yang akan terjadi pun tak best lah..

So, kepada bakal pelatih kat luar sana, jangan takut untuk masuk PLKN!
Banyak keistimewaan kat sana, kat sana juga korang akan belajar survival. Kat sana juga korang boleh analisis perangai manusia. Korang akan jumpa macam-macam perangai. Yang penting korang kena pandai Jaga Diri, Jaga Hati, Jaga Iman !!

Itu je pesal kak long, tak susah pun.. 
So, good luck!





pictures credit to Izzati Abdullah & Nadia Aziba

Merajuk? Pujuk?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 6:19 PM 0 budak comel
Susah kan kalau main merajuk-merajuk ni... Hehe :D
Nak kena pujuk bagai. Kak long dah lah tak reti main pujuk-pujuk ni. Maklumlah kak long jiwa brutal. Hahaha :D

Bila dah cuba pujuk tapi still wat donno je.. Me was like....hurghh.. =...=


TAPI
ini Kak Long.. mana boleh senang-senang je give-up !!
oh come on.. benda kecik macam ni pun takleh handle kah..? hahaha

Kak Long! You must think a better way to convince her..
Think Think Think........




Crush or Krusher ?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 3:16 PM 0 budak comel

Salam ukhwah fillah,

    Wahh... Tajuk hari ni agak mengancam ye. Haha.. Eh, kak long ni ada crush ke? Mesti dalam hati korang cakap macam tu kan. Mestilah kan, umur orang meningkat dewasa memang wujud perasaan macam tu. Tambah-tambah lagi remaja macam kak long ni kan.

    Okay, let me tell you first. Sebelum ni kak long bukan takde minat kat siapa-siapa. Bohong lah kalau cakap takde! Meh sini muka nak tengok sikit siapa yang kata takde dan tak penah ada tu. Penipu besar tu! Zaman kanak-kanak ribena sememangnya ada perasaan suka dengan lelaki ni. Itu biasa kan! Lain lah kalau kak long kata kak long suka perempuan. Nauzubillah, minta dijauhkan. Bila dikenangkan balik zaman dulu, lawak pun ada, comel pun ada. Naik basikal beremba dengan kawan lelaki. Siap lumba lagi siapa sampai dulu kat taman permainan. Haha. 

    Dulu-dulu kak long agak brutal yek. Tapi sekarang pun masih, tapi yang penting keayuan tu tetap ada noh. Amboi kak long! Masuk trolley tolak sendiri kah? Huhu ==' <<peribahasa yang betulnya: masuk bakul angkat sendiri >

    Alkisah tahun lepas, kawan kak long nama dia Cik Juju <---bukan nama sebenar, asyik lah dia bercerita kat kak long pasal sorang budak " lelaki " ni, dia budak baru! Cik Juju tu pot pet-pot pet pasal dia, kak long tak pernah ambil kisah pun. Mula-mula dengar pasal dia tu ada lah rasa kagum terhadap diri dia. Tapi bila selalu Cik Juju duk bercerita, kak long rasa, ApaBagusSangatKeDiaTu??? Haha.. =..=

    WAIT.. kak long cakap pasal dia? Siapa dia?

    Lololo... Oh, lupa pula nak bagitahu kan siapakah gerangan si dia. Urmmm, nama dia ********tutt*******secured***** mana boleh bagitahu. Ok, apa kata guna gelaran untuk dia? Amacam? Ok kah..? Bagi dia gelaran apa eh? What about Mr.Kutub? Haha..apa tu kak long? Apa-apa lah..hehe ;D

    Ok, jom sambung pasal Mr.Kutub..
Ehh...tapi kak long ada nak cerita pasal Krushers juga ni. Kita sambung Krushers dulu lah ye. Yang Mr.Kutub sambung next entry ok? Boleh kan..haa, kamu memang baik :)



Krushers???




    Kak long terniat di hati nak cuba rasa lah kononnya Krushers KFC tu. Satu hari tu, pergi lah KFC berdekatan, haha! Cuba-cuba lah beli Krushers Cookies and Cream tu. Kak long tergedik nak cuba pun sebab salah seorang kawan kak long kata sedap! Huhu. Tapi, amat mendukacitakan hati sebab tak lah sedap mana. Indah khabar dari rupa je sebenarnya. But, maybe korang kat luar sana peminat Krushers, I don't know and forgive me. Lain tekak lain selera, betul tak?

    Mula-mula sedut Krusher (guna straw lah..haha) punya nak ambil feel kan, sedut penuh nikmat, Krushers Cookies and Cream berjaya memasuki mouth, lalu kat bahagian sweet, sour, bitter.. (siapa belajar sains dia tau apekebenda yang kak long merepek ni) Bila sampai bitter, fuhh! Selamat! Lepas tu dah takde rasa apa-apa dah. I'm trying to get that feels again but.....==' sorry to say, memang takde rasa lah lepas tu. Dengan kata lain, tak sedap. Haha..sorry again to Krushers lover..






When I lost my friend

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 5:26 PM 4 budak comel
Assalamualaikum w.b.t.
baru beberapa hari lepas kaklong dengar berita. Salah seorang rakan sekolah kaklong dulu kini telah pergi menghadap Ilahi. Dulunya arwah seorang teman rapat kaklong, last we met about 5 years ago. Lama tu tak jumpa, dengar-dengar je dah tak ada. Ya Allah, betapa kematian tu tak mengenal usia..


Meh la kita sama-sama sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah.. :)



Kaklong is Back!!!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 5:17 PM 0 budak comel
Assalamualaikum...


First of all, minta maaf lama tak meng-update blog setelah beberapa bulan ni. Kak long sendiri pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Aduyai! Hari tu, blog kak long kena virus, then kak long tak tau macam mana nak clear kan..tup tup hari ni kak long cuba buka dah okay. Alhamdulillah! Syukur.


Biasa lah dah lama dah tak update. Mesti banyak cerita yang nak diceritakan. Kisah hidup memang panjang jalan ceritanya. Itu perkara biasa, tak ada yang pelik, yang unik, ok!


Kak long banyak cerita ni, tapi takkan nak tulis semua dalam satu entry kot. Nanti kak long update lagi ye..
Jangan lupa terus support kak long yer. Thank You! 



Orkut funny encouragement scraps, graphics and quotes

Cuti-Cuti ke Mana?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 3:41 PM 0 budak comel
Assalamualaikum and hi..


Korang mesti bestkan musim cuti-cuti ni mesti pegi jalan-jalan merata kan.. Hurmm..I'm so bored at home.


Kesiannya kaklong kita ni, tak dapat nak bercuti. Nak kata bekerja tak jugak. Kaklong kan belajar lagi. Sekarang ni tengah cuti. Ingat nak la pegi holiday. Korang tau tak tempat yang paling kaklong adore sangat kat mana..haha... Tengok ni....



Ramai orang cakap,,,, 'Cameron!?!?!?!' Buat apa bukan ada apa pun. Tak best sangat pun. Better kat Genting Highlands. Lagi best!! NOOO...!!! Kaklong nak pergi bercuti ye, bukan nak pergi enjoy sana enjoy sini. For me, lebih baik kita manfaatkan keindahan alam ciptaan Tuhan, daripada kita terus leka dengan kehidupan di dunia ni. Kalau kat Genting lah contohnya, bukan ada apa yang best..yang ada cuma tempat-tempat hiburan. Sini game sana game. Sini ada tambang sana ada tambang.. Main game tu bukan menang pun..haha macam membazir duit je. Nak kata tempat sejuk memang tak dinafikan kat sana lebih sejuk dari Cameron. At least boleh juga tengok view yang macam ni...kat sini ada ke macam ni ..

Bukit yang ada kat sekeliling kita ni pun kebanyakannya dah gondol.



Dan kaklong sangat berharap dapat ke sana dan betul-betul menghayati keindahan alamnya. Kalau setakat pergi atas urusan tertentu lebih baik tak payah. Tak sempat punya! Hurmmm... Ok lah setakat ni dulu untuk entry kali ini yer. Take care!



Apa Khabar Semua?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 10:13 PM 0 budak comel
Assalamualaikum...
Apa khabar? Huii...dah lama tak meng-update blog ni. Dah bersawang dah ni... Minta maaf sangat-sangat, kak long tersangatlah busy. Kat sekolah aktiviti padat. Dan banyak juga kerja rumah yang tak siap. Lepas tu dengan nak exam pertengahan tahun lagi. Mestilah kena study kan.. Itu yang tak sempat nak update blog ni. Maaf yer kawan-kawan. Jangan marah aa..nanti cepat tua! Hehe


Nak cerita sikit ni, pasal apa yang kak long buat dalam masa busy body. Haha! 2 minggu sebelum exam kami ada pertandingan drama interclass. Macam dalam entry sebelum ni kak long dah bagitau kan. Kami buat drama pasal Gulp and Gasp. Mula-mula tu memang nampak macam berterabur sikit. Tapi bila sampai hari yang sebenar, alhamdulillah actors buat yang terbaik. Cayalah.. Teacher pun cakap presentation bagus.
Kelas kami dapat nombor dua. Huhh.. tapi ok lah. nak buat macam takde rezeki dapat first. Yang bestnya Watak utama kelas kami dapat best actor. Memang sesuai dengan kawan kitorang sorang ni. Hehe =)

Rasa rindu pulak saat kaklong menjadi serius dan bersikap tegas. Haha! Perasan lah kaklong ni. Tapi ok lah semua boyfriends boleh berkawan dengan kaklong. Korang nak tau tak, dulu takde budak lelaki yang berani nak dekat, I mean nak bertegur dengan kaklong. Dorang cakap kaklong ni asyik serius pastu garang a.k.a sombong! Whatever! Yang penting diriku senang. Bila diingatkan balik rasa lawak pulak.

Exam sangat senang kalau baca buku dan faham. Kann.. itulah masalah yang dihadapi. Tak faham pastu nak exam dah kantoi. Kak long sangat berdoa sekurang-kurangnya lulus. Dapat teruk pun takpa janji lulus. Mungkin kaklong ni still tak boleh catch up lagi kot. Maklumlah lembap sikit! :)

Ok lah, tunggu next entry yer..
Coming soon.. Sambutan Hari Guru! :p




Busy ke Busy Body?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:36 PM 0 budak comel
Hello.. waa... dah lama kak long tak post new entry.. huhu :)


Sejak dua minggu kebelakangan ni, kak long sangat-sangat sibuk. Hah..? Kenapa sibuk? Owh, bab tu jap lagi kak long cerita yer. Setiap sekolah kat Malaysia mesti ada punya.. Ada APA? Bulan bahasa. Sekolah kak long pun salah satu daripadanya lah. Dalam bulan bahasa kali ni macam-macam aktiviti telah disusun untuk kami para pelajar. Kelas 4 Beta pun tak lepaskan peluang untuk libatkan diri. Kami sibuk dengan English Drama Competition. 


Tahun ni ada kelainan sikit. Semua tingkatan 4 diberi tajuk drama yang sama. Lepas terpulang lah masing-masing nak present macam mana. Hehehe :) Nak tau tajuk apa? 


GULP AND GASP

Haha...tajuk. Ok lah citer ni, not bad! Cuma kami kena fikirkan cara presentation yang gempak lah. Yang ambil bahagian hanya dua kelas aje. Kitorang tengah bid dengan kelas Alpha. Biasa lah kelas tu, dorang ni sangat lah bersemangat waja. Pantang nak kalah, tahun lepas pun presentation dorang pun memang gempak lah. Jadi, Kami ni dah bersepakat nak wat yang TERBAIK!!

Kak long tak berlakon lah.. Malu lah! hehe :) Kak long lebih suka bekerja di belakang tabir. Huhu.. Tugas kak long di bahagian props aje. Jangan pandang rendah yer, andai takde bahagian props lakonan tu tak menjadi tau! Wahh..bangga diri pulak. Tap memang lah suatu kerja yang memenatkan. Dah lah kena buat setting yang masuk dengan drama ni. Kalau tak hampeh gak la. 

Ni tinggal last minute punya kerja, masa awal-awal haritu tak nak buat latihan betul-betul. See, sekarang dah jadi kelam kabut. Main-main lagi. Dorang start serius lepas Director kita marah. Haha..ambek kau, sekali marah!! 

Tapi apa yang penting! Kelas pun dah miss. Homework bertimbun tak siap lagi. Malas lah nak siapkan. Takpelah at least ada alasan nak excuse. Tapi alasan ni dah lapuk ler kak long ;) By the way, get ready for this coming Tuesday! Saat-saat yang paling ditunggu-tunggu. Huhu! Ok, bye!

Wahh...Apa yang wah?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:45 PM 2 budak comel
As-Salam,
Apa kabo? Sihat ye. Harap2 macam tulah ye. Mintak maap lah ye, dah lama kak long tak update blog. Biasalah penyakit kronik lagi lah tu.
Sebenarnya takde ape benda yang nak cerita. Kaklong stress! Cikgu marah-marah kat sekolah. Huhuu.. :( Sedih tau, dorang tu lah asyik buat bising dalam kelas. Banyak cikgu dah komplen, buat malu jer. Dorang tu memang kadang-kadang kaklong rasa marah jugak. Ishh.. sabar lah hati. Budak lelaki terutamanya. Bertindak sungguh tak matang. Perangai keanak-anakkan. Macam budak-budak. Menyampah gak.

Memang sedih lah hati ni. Rasa macam nak nangis bila tengok cikgu touching. Wahh! Macam kaklong je yang touching ni. Hehe :) Hope esok cikgu berada dalam mood yang baik. Baru belajar pun ok je. TAPI, korang tau tak, cikgu ajar masa marah-marah lagi best sebab semua orang diam. Tumpukan perhatian konon takut kena marah. Huhu..tapi, jap lagi buat lagi kesalahan. Haha..Sudah la kaklong. Pegi buat homework. Yeyer, kejap!


Tolong!!! Kena Serang dengan Penyakit Kronik

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 6:37 PM 7 budak comel
Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah dosa hamba mu ini.

Korang, tengah buat apa tu? Haha, maksud kak long selain dari ber blogwalking lah... Ada ke kerja-kerja sampingan yang korang buat masa tengah blogwalking? Contohnya macam buat assigment sambil blogwalking ke? Eh, jap... kenapa macam pelik je ejaan assigment tu ek? Salah ye? Sesiapa tolong betulkan.

Okay, selalunya korang buat apa waktu senggang? Apa hobi korang? Ehehe.. apalah kak long dah melalut tak tentu pasal. Yang sebenarnya nak bagitau yang kak long sekarang tengah diserang satu penyakit yang amat-amat kronik, susah nak dapat ubatnya ni. Kalau tak diusahakan memang sukar untuk pulih seeloknya. Hurmmm... sedihnya! Sayu gilerr... Tapi, nak buat macam, kita berserah je lah dengan Yang Maha Esa!!

Korang tau tak apa ubatnya untuk penyakit kak long ni..? Mintak tolong sangat-sangat. Yelah sejak akhir-akhir ni makin menjadi-jadi lah penyakit ni. Serius ni.

Kenapa ek? Sejak kebelakangan ni kak long selalu sangat rasa -M-A-L-A-S- ??? Hahh! Memang susah lah macam ni. Korang tau tak, banyak homework tak siap. Then, masa nak ujian rasa macam tak ready, semua rasa macam cepat sangat berlalu. Lepas tu result pun tak berapa baik. Cikgu pulak marah-marah. kak long rasa sedih lah kan. Rasa mood ni macam takde mood, hehe. Tak semangat nak buat apa-apa pekerjaan sekalipun. Lepas tu selalu sangat cepat letih. Balik sekolah rasa penat yang amat. Macam banyak aktiviti sangat kat sekolah tu. Semuanya cool je, tapi kak long yang tak cool. Nak kata rasa hot tak pulak en. Dah jadi macam orang yang takde perasaan. Kawan-kawan pun cakap kak long ni takde perasaan, orang sedih, buat muka blur, orang tengah marah, buat muka blur.. Last2 semua jadi macam blurred gitu. Huhuhu!

Actually, what is your problem kak long? What's wrong with you?
No, I also don't know! By then, you know what problems I'm having now? Do you???
Hurmm... I think you should........... (korang sambung lah ayat ni yer)

Korang buat apa tu?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:22 PM 0 budak comel
Sekarang ni dah cuti sekolah. Macam biasa sebagai pelajar sudah tentu ada habuannya! Cikgu mesti bagi homework berlambak. Tapi..tapi..tapi kann... Korang fikir kak long siapkan tak? Huh! Of course lah kena siapakan. Gila kau nak mampus tak siapkan. Each subjek mau ada 2 kerja. Bayangkan ada 10 subjek.. 20 kerja rumah yang perlu disiapkan dalam masa seminggu. Ok la tu. At least still ada masa nak buat. Cehh, macam lah buat sangat. Entah2 tunggu last minute baru kelam kabut nak buat. Itulah masa awal-awal duk rileks je. Takpe sekarang ni dah siapkan baru 2 homewok. So tinggal lagi 18. Hahaha! Gila betul. Asyik buat homework la jawabnye. Hehe.


Korang nak tau subjek apa yang kak long paling liat nak buat. Hehehe.. English sudah semestinya! You know what, I have to do double essay!! Sebabnya haritu sebelum cuti tak hantar. So kena denda. Buat lagi dua essay. Huhh..mula2 rasa ........ jugak lah. Tapi bila difikirkan balik, ok lah tuh dari kena siapkan dua essay dalam minggu peperiksaan. Gila jugak tu. Tapi memang, kak long tak sanggup nak buat sebab ye lah exam preparation pun huru hara pastu nak tambah buat essay. Memang tak siaplah!! Tapi nak buat macam mana. Ok lah dari kena denda yang lebih teruk lagi. Hehehe


So..thats all for now!

Exam's Week

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:20 AM 2 budak comel
SMK _ _ _ _ _, CHERAS....

UJIAN 1 - MAC 2011.

FORM 4


Tarikh ujian :-
7 MAC 2011 - 11 MAC 2011


Jadual Ujian 1: Mac 2011.
Isnin = ENGLISH & PHYSICS
Selasa = BM & CHEMISTRY
Rabu = SEJARAH & MATHS
Khamis = PEND. ISLAM & BIOLOGY
Jumaat = ICT & ADD MATHS


UJIAN 1 dah datang!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 3:02 PM 0 budak comel
Oh.. tidak.......... Rupa-rupanya dah nak exam lah..
sekarang masa untuk study lah...

OMG >>>>>>>>

LAST MINUTE!!!!!!!

TEPIII..... Kak Long nak study


Mati lah kau lepas ni.. failed!!!



Award from Mid Fashion Shop

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 11:25 PM 2 budak comel
Yay!... Kak Long dapat award.. hehe...
Actuallly, Mid kasi kak long lama dah ni.. Tapi segan nak ambil kan.. Tapi orang kata rezeki jangan ditolak.. huhu :) Edeh, gurau je. 

Mid bagi award ni kepada semua follower blogshop nye..

Create your own banner at Mid Fashion Shop!

Ehh..eh.. korang.. jom kita terjah blog Mid.. http://zaazu.com


BTW... TQ MID!

http://zaazu.com

Hello! Hai, buat apa tu?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 1:07 PM 2 budak comel
Korang... tengah buat apa tu? Busy ek? Pertama sekali kak long mintak maaf sebab dah lama tak post new entry. Asyik-asyik entry join contest jer... Kak long tersangatlah busy. Homework gila banyak gedabak! Tak sempat nak siapkan lagi. Dalam seminggu dua ni terlalu banyak aktiviti. Adehh...memang penant habis. Sekarang ni pun ada banyak lagi homework tak siap. *Subjek yang takde esok tangguh dulu, hehe..,, tak payah buat lagi. Ni lah perangai budak zaman sekarang.. Suka tangguh2.. Padan muka kau kak long!! Tangguh kerja lagi..an dah jadi bertimbun.


Minggu depan nak kena hantar report peka Biology & Chemistry. Pastu nanti ada oral assessment pulak. Adoii..dah la tak hafal lagi script nye.. Dugaan!! Nanti ada rombakan kelas lagi... Berapa kali mau rombak lah cikgu.. Kelas kitorang dah ok lah tu 40 orang murid. tak payah lah nak top-up.. nanti jadi sempit..sesakk!! Dah banyak orang nanti kelas bising. Tak dapat nak fokus. 


Hurmmm... lagi nak cerita apa yer? Rasa takde apa dah kot.. Takpe2 nanti korang tunggu next entry kak long yer.. Jangan Marah! Nanti cepat tua....
Ok bye!

Contest Beatiful Eyes by TENNIELICIOUS

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 4:36 PM 10 budak comel
Hari ni Kak Long nak join contest ni pulak.. Hehe :) *Rajin ek kak long join contest2.. Bukan apa, saja nak seronok-seronok.. Nak memeriahkan lagi contest penganjur. 


Kali ini kak long telah di tag oleh Effa. Thanks Effa sebab tag kak long yer! 


*klik banner untuk ke blog penganjur contest*

Ok, moh kita tengok syarat-syaratnya:
*tajuk entry mestilah seperti di atas iaitu "CONTEST BEAUTIFUL EYES BY TENNIELICIOUS".
* anda mestilah letak pic anda sendiri ye...
*contest ini terbuka kepada semua peringkat umur.
*anda mesti follow blog cik wanie dan bloghop cik wanie n cik tenten iaitu "tennielicious"
*anda harus letak banner nie di side bar sehingga tamatnya contest nie...
*sila tinggalkan link anda di post ini...sila alert kalau ada apa2 pengumuman mengenai contest ini di blog cik wanie atau blogshop kami..
*akhir sekali..anda diminta tag 5 rakan blogger anda..

*kak long sangat suka pic yang ini..rasa mengancam gitu...*
Sorry la takde pic yang cun-cun nak masukkan..ada yang ni yang latest punya.. MaaP yer!


Kak Long mau tag kamu ni yer!!
- Ryn
- Lina 


Kalau ada rezeki mungkin kak long dapat ni......
pemenang CONTEST BEAUTIFUL EYES yang pertama akan mendapat:
mana-mana contact lens kami yang berharga RM35..

pemenang KEDUA pula akan mendapat :
mana-mana contact lens kami yang berharga RM30..


TARIKH TUTUP CONTEST :
31 / 3 / 2011



CEPAT JOIN TAU!!


KlIK SINI!!

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 11:24 PM 0 budak comel
Kak Long dah lama teringin benda ni...
Sebab cute sangat... especially bila buat purse macam tu. :)





 Period : 10/2/2011 - 28/2/2011

- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

How to Enter
-------@------
- Letak gambar di atas di dalam entry anda (facebook/blog)
- Hendaklah link kan entry anda dengan Entry Giveaway ini
- berikan link anda untuk entry ini

Pemenang melalui Random Org


Meh ramai-ramai join GA ni jom! Sayang korang!



..TAG SEMUA FOLLOWER & BLOGGER YANG SINGGAH SINI...

Aduss...

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 12:32 AM 2 budak comel
Hai semua... tengah buat apa tu? Malam ni kak long saja-saja online. Hehe :D Korang dah tidur ke belum ni. Amacam, sedap tidur..? Ke sama macam kak long ni hah.. Tak dapat nak tidur dengan aman. Yelah malam Tahun Baru Cina lah katakan. Tembak mercun lah.. Bising!!! Tak boleh nak tidur langsung. Dah la bilik kak long yang tengah.. Yang jenis tingkap ke atas punya. Gerenti dengar bunga api/mercun tu lebih kuat dari bilik lain. Husshh... Sementara tengah fresh lagi ni, sempat berblog sambil tengok tv. hehe! Banyak juga cerita cina ni...huhu. Layan je lah. Best apa! Especially yang berkungfu punya. Lagi adventurous. Fuhh! Yelah tu kak long.


Sebenarnya tak ada apa pun yang diceritakan malam ni. Cuma saja-saja nak tulis entry yang membosankan kali ni.. Ok lah... Daaa...


p/s: Jom teman kak long blogwalking! :)

Sedih tapiii....!!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 4:24 PM 0 budak comel
Hari ini, keputusan permohonan ke sekolah berasrama penuh boleh disemak secara online di sini.



Sebenarnya aku dah check semalam. Hahaha.. Tapi hari ni saja suka-suka nak check lagi sekali. Mana tau dia dah masukkan detail yang sebenarnya. Mengaku je lah yang hakikat sebenar kau tu tak dapat kak long! Huh!! Sedih ni..... tapi kan, rasa best pula tak dapat kan. At least aku tak payah susah-susah tinggalkan sekolah aku ni. Kalau dapat sekali pun, belum tentu lagi pergi kan. Serius aku sayang sekolah aku sekarang. Sayang cikgu-cikgu kat sini!


Dan bila dah dapat mesti lah kena pergi kan. huhu. Yang lecehnya masa nak urus hal pertukaran sekolah nanti. Nanti kena jumpaa cikgu tu lah cikgu ni lah, buat itu ini. Macam-macam nak kena buat. Kesian pulak tengok kawan-kawan yang dapat tawaran ke SBP tuh. Terpaksa skip kelas untuk urus semua tu. 

Yang pastinya ahli 4 Beta semakin bertambah..
Bukan berkurang ok!! Hahh..pelik kan? 
Aku cakap macam tu sebab, semua pelajar tingkatan 4 telah dirombak semula. Ya lah! Dah tu, ada yang nak masuk kelas akaun, ada juga yang dari kelas akaun nak ambil sains. Paling tak faham, yang dah sah-sah dalam kelas sains pun nak tukar kelas. Konon nak masuk kelas first and second. Bagi aku kelas ke berapa sama je. Aliran yang sama kan, so...apa nak tukar-tukar. Aku tak suka buat kerja yang leceh ok. Nanti bila dah tukar kelas, mula lah nak tukar nama kelas dekat buku latihan, nak kena ambil data dari kelas lama transfer ke kelas baru. Cikgu-cikgu antara orang yang paling busy minggu.

Hehehe...bila cikgu dah busy tuh. Faham-faham je lah yer.. Peluang ni bukan datang selalu. Kami apa lagi, boleh relaks. Hehehe.. Bukan apa, nak siapkan homework yang tak siap lagi. Dah la berlambak!! Sesekali kami lengkapkan papan kenyataan kelas, penuhkan. Nanti dapat anugerah kelas paling ceria. Hehehe :D

Dan aku pun nak mem-busy-kan diri aku. Haha..Apa lagi tolong cikgu ler.

Ok lah ni pun homework dah siap lagi. Nasib baik esok cuti sempenan Thaipusam! Bye, nak buat homewok ni.....
 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review