Iklan Free 468x60

Generated image

Suka Blog KakLong tekan like! :)

Exam is done FOR NOW

Ok.. Hari dah habis Ujian 1. Lepas tu cuti. Seminggu plak tu. Hehe.. bestnye!! TAPIII..........
Bukan cuti sangat pun. Kami ni dah pun disusun program kat sekolah. Terutamanya bengkel subjek dan teknik menjawab soalan. Adess..lebih baik tak payah bagi cuti en.. Pergi sekolah macam biasa tapi buat bengkel untuk full week tu. Haha!

Ujian 1 ni memang dugaan buat mangsa-mangsa tak kira UPSR, PMR, ataupun SPM. Bersabarlah ye. Takpe2 yang penting kita fokus untuk yang betul-betul punya hujung tahun ni. Haha. :P Kaklong suka sangat...ekeke
KakLong rasa bagus sekolah buat program-program macam ni. Itu tanda guru-guru ambil inisiatif untuk bantu pelajar-pelajar dia...kann. Alah..budak-budak masa cuti-cuti ada ke buka buku, belajar, buat latihan? Ado ko..? Tak ada maknanya!! Tak payah tipu le.. kaklong sebagai pelajar pun sama je. Kalau buka buku pun kejap je tak sampai pun 10 minit..tutup. Sodakallahulazim... ;)

Jadual program untuk esok ialah bengkel teknik menjawab soalan Biologi dan AddMaths! Bagus sangat.. dan kaklong pun tak adalah pro sangat dalam subjek-subjek tu. Siapkan untuk esok. Eh.. sekarang hampir pukul 00.00..udah le nak tidur dulu. Insya-Allah panjang umur kaklong sambung lagi yer..
Terima kasih kerana sudi membaca! :)

Drama lagi!!

Assalamualaikum..
Apa khabar? Sihat? Wahh..lamanya kaklong biarkan blog ni sepi keseorangan kan.. hehe :D Jangan marah naa.. :) Maklumlah rutin seorang pelajar lain sikit dari orang biasa ni kan. Tahun ni rasa jadual padat sangat.. X sempat nak mencelah untuk update blog ni. Maaf sekali lagi. :)

Minggu depan ada persembahan drama. Untuk oral assessment. We are asked to do drama presentation. haha.. Tak dapat bayangkan macam mana nanti.. Semua perasaan pun akan bercampur, Excited, Nervous, haha.. Adoii.. ;) Apapun kaklong harap dapat buat yang terbaik, korang doa-doakan lah yer :)

 _ Wizard Through Oz _


Isu E-Code Haram

Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu dan masih tersebar hingga ke hari ini..

Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian ke atas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu.

Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak, pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (persoalannya: yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyatabeliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu sahaja.

CUBA ANDA GOOGLE SEARCH : Dr. M. Amjad Khan Medical Research Institute United State - UNTUK LEBIH JELAS :)

Definasi E -Code ialah : E numbers are codes for food additives that have been assessed for use within the European Union (the "E" prefix stands for "Europe").[1] They are commonly found on food labels throughout the European Union.[2] Safety assessment and approval are the responsibility of the European Food Safety Authority.
- sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/E_number


klik read more untuk baca lagi seterusnya....









Satu je pesanan, apa-apa pun kena selalu berhati-hati ketika membeli sesuatu makanan tu.

When I lost my friend

Assalamualaikum w.b.t.
baru beberapa hari lepas kaklong dengar berita. Salah seorang rakan sekolah kaklong dulu kini telah pergi menghadap Ilahi. Dulunya arwah seorang teman rapat kaklong, last we met about 5 years ago. Lama tu tak jumpa, dengar-dengar je dah tak ada. Ya Allah, betapa kematian tu tak mengenal usia..


Meh la kita sama-sama sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah.. :)



Produk Haram

Assalamualaikum..dan hai!
Hari ni cuma short entry cuma kaklong berkongsi tentang produk haram. Korang sebelum membeli sesuatu makanan tu perhatikan kot-kot ada terselit code-code di bawah ni yer
Mulsifiers E-Codes for PIG FAT 
- E 100 - E 280 - E 434 - E 482 -
- E 110 - E 300 - E 435 - E 483 -
- E 120 - E 301 - E 436 - E 491 -
- E 140 - E 325 - E 440 - E 492 -
- E 141 - E 326 - E 441 - E 493 -
- E 153 - E 327 - E 470 - E 494 -
- E 160 - E 334 - E 471 - E 495 -
- E 161 - E 335 - E 472 - E 542 -
- E 210 - E 336 - E 473 - E 570 -
- E 213 - E 337 - E 474 - E 572 -
- E 214 - E 422 - E 475 - E 631 -
- E 216 - E 430 - E 476 - E 635 -
- E 234 - E 431 - E 477 - E 904 -
- E 252 - E 432 - E 478 - E 920 -
- E 270 - E 433 - E 481 -
Kalau boleh save kan code-code ni dalam Notes handphone anda untuk rujukan masa berbelanja di pasar raya.
Yang ini pula antara gambar-gambar yang telah di forward kan ke email kaklong.. 





* tahu tak apa tu ayam cucuk? *
- tak disembelih lah -
  
* Twisties! Be Ware *

* close up *

  * Budak-budak sekolah sangat suka makan apollo ni! Huihh..bahaya macam ni! Ya Allah!! *


* Berhati-hati bila makan makanan di hotel, tak kisah lah 5 stars or 1 stars *

* mungkin ramai yang tahu tentang kasut dari kulit babi ni, tapi mungkin juga ramai lagi yang tak tahu*
kalau nak tahu, cara untuk kenal kulit babi.. terdapat tiga dot bentuk segi tiga
click gambar-gambar kat bawah ni untuk tumbesaran..nanti korang boleh nampak tiga dot tu. 



* Yang ni memang keterlaluan betul *
  
* Chewing gum pun kena hati-hati ye *




 * Baca info ni yer, semoga masa membeli belah boleh lebih berhati-hati *


عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنَّ الله تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِ ن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ } ثُمَّ ذَآَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ! یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ! )) رواه مسلم.
یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحً (AQ Al-Mukminun 23:51)
یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ (AQ Al-Baqarah 2:172)
 Terjemahan hadith
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? (Hadith riwayat al-lmam Muslim)