Suka Blog KakLong tekan like! :)

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Cara Nak BerDiet!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 2:09 PM 4 budak comel

Korang tahu tak cara paling mudah membakar lemak? Haha... Senang je, masih tetap mengamaklan diet macam biasa. Tapi yang penting. Mesti Minum Banyak Air!!
Air dapat mencapai target fitness kita, yap! Air ni membantu membakar lemak, membina otot dan meningkatkan tahap kesihatan badan kita. Jadi korang munimlah air banyak-banyak yer...

1) Air meningkatkan kekuatan dan performance ketika di gym.
Dalam sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan perlu berada pada tahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya kita mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal dengan ketara. Malah hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot didalam badan. huhu
2)Air membantu mengelakkan kecederaan.
Latihan bebanan dan kardiovaskular intensiti yang tinggi boleh membuat bahagian sendi kita stress. sendi pun tau stress taw! Air boleh atasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi dan membina "cushion" (perlindungan disekeliling sendi).
3) Air membantu penghadaman.
Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak perlukan air untuk dipecahkan kepada komponen lebih kecil. Untuk pastikan badan kita benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, pastikan pengambilan air sentiasa mencukupi. INGAT pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut tidak terlalu penuh.
4) Air meningkatkan pembakaran lemak.
Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal dalam pembuangan bahan kumuhan dalam badan melalui urine. Bila pengambilan air sedikit, bahan kumuhan akan terkumpul dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja keras untuk buang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda kita membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak juga akan berkurangan.
5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.
Apabila pengambilan air adalah rendah, badan kita menyimpan lebih banyak air. Air yang disimpan  diperut, peha, punggung, muka dan dll. Boleh menyebabkan kita nampak gemuk! Sebenarnya kita boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.

Berapa banyak air perlu diambil sehari?
(1kg = 2.2 pound(lb),
1 Oz = 0.03 Liters)
Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama mungkin kita akan kerap ke tandas dengan kerapkerana badan kita sedang membuang simpanan air berlebihan didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.
Ingat jangan minum bila rasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku didalam badan!


credit to:

Macam Mana Nak Basuh Ayam?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 10:42 PM 2 budak comel
Pelik kan kenapa kak long buat tajuk macam tu. Hehe..Takpe yang penting content entry untuk kali ni lah. Korang boleh teruskan pembacaan korang yer!


Sebenarnya hari kak long nak syer tips cara basuh ayam dijamin bersih lagi halal. Ok! Selalunya korang basuh ayam macam mana? Main basuh dalam besen terus ke? Ataupun basuh ayam satu-satu. I mean, basuh seketul2 ayam tu? Lepas tu terus goreng ke apa. Haha


So, apa pendapat korang?


Ok, ni nak bagitau ni. Erk, macam mana nak mulakan yer. Macam mana nak explain bagi korang semua faham. Takut nanti ada yang tersalah faham pula. Kak long pulak yang dosa kang!!


Urmm..okay.. Macam ni, of course korang tahu bila ayam tu dah disembelih darahnya dah berhenti. So, bila dah basuh ayam tu mesti ada sikit-sikit darah yang tersesat kat dalam daging ayam tu. Itu kira dimaafkan lagi ikut hukum haram ni. Tapi, sebolehnya kita basuh lah ayam sehingga kita yakin bersih yer.. Jangan main..ahh, ok la ni. Cincai lah! (no more like this yaw)


Cara paling baik basuh daging2 ayam tersebut adalah dengan cara mengalirkan air mutlak pada daging ayam tu. Erk, faham tak? Macam ni, maksudnya korang perlu basuh satu-satu. Basuh 2-3 kali atau sampai betul-betul bersih. Tak digalakkan basuh sekali gus semua daging ayam tu. Ataupun basuh berulang kali dengan air yang sama. Dikhuatiri tak jamin kebersihannya.


Ok, bila dah basuh tu baru boleh lah letak rempah untuk digoreng. Baru lah bila makan pun yang halal lagi bersih. Ingat, para ibu sekalian...menjadi tanggungjawab untuk beri anak-anak makan yang halal lagi bersih.


Diharapkan korang faham lah apa yang kak long tulis ni yer. Tak faham boleh tanya. Insya-Allah kak long cuba jawap yer.

7 Rahsia Cemerlang!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:54 PM 0 budak comel
Salam,
Hari ni aku nak kongsi tips dengan korang semua. Hari tu, bila entah, masa tengah khusyuk layari internet terjumpa satu blog ni. Yap, InFiNitY nama blog tu. Blog ni agak menarik bagi aku. Isi kandungan blog ni semua tentang ilmiah. Maksud aku benda yang berilmu, berguna, yang boleh diamalkan. Jadi, selongkar habis blog ni, baca artikel-artikel dia. Best! Menarik! Cun... Minta maaf ye tuan empunya blog, selongkar blog anda tanpa izin. Bukan apa, perasaan ingin tahu begitu meruap-ruap! hehe :)


Masa tengah selongkar tu, terjumpa satu artikel ni. Artikel tentang Rahsia untuk Cemerlang Berdasarkan Surah Al-Mukminun. Yeah! Mungkin korang penah terbaca sebelum ni, never mind baca lagi untuk peringatan ye!



Maksud ayat-ayat di atas:
  1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
  2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
  3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
  4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
  5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
  6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
  7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
  8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
  9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
  10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi, 
  11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. 

Antara 7 RAHSIA UNTUK CEMERLANG yang terkandung
dalam surah Al-Mukminun ni ialah : -

1. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan yang bulat kepada Allah.

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” 

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka, imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap yang positif seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.
“Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” 

Buat satu kerja pada satu masa dengan khusyuk dan tekun. Jika membuat kerja sambil lewa akan membuat banyak kerugian dan membuang masa serta menyebabkan kita ketinggalan.
3. Jangan membuang masa dan tentukan keutamaan. 
“Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” 

Berehatlah sekadar-kadarnya sahaja. Janganlah berlebihan sehingga menyebabkan tujuan asal bekerja atau belajar tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Terlalu banyak hiburan yang melekakan dan melalaikan termasuklah internet.

Setiap Muslim perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk mengawal diri masing-masing. Sekiranya perlu berehat, berehatlah dengan membuat perkara yang bermanfaat seperti bersenam, membaca bahan bacaan yang ringan dan sebagainya atau yang paling baik, membaca Al Quran atau berzikir.
 

4. Hargailah orang lain.
“Dan orang-orang yang menunaikan zakat.” 

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu dan tidak semestinya berkongsi wang sahaja.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan.
“Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” 

Janganlah kita menggunakan alasan bekerja atau belajar dengan melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau apabila stress mencari alasan untuk menelefon atau chatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong…jika kita mencari dan meminta padaNya.
6. Jujur, amanah. 
"Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” 

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak majikan atau untuk pelajar dengan penaja dan ibu bapa untuk bekerja atau belajar bersungguh-sungguh. Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.

7. Menepati masa dan teliti.
“Dan orang-orang yang memelihara solatnya.” 

Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa di pertengahan jalan. Amalkan sikap ini dengan istiqamah. Maksud utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan kemewahan harta yang kita ada. Bahkan harta yang banyak akan melewatkan kita dari memasuki syurga dan mendekatkan dengan api neraka.
Pesanan dari owner blog InFiNitY:
katanya dapat dari sini
http://newszune.blogspot.com
 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review