Suka Blog KakLong tekan like! :)

Showing posts with label SekolahKu. Show all posts
Showing posts with label SekolahKu. Show all posts

EiraBiz Shoppe

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 12:31 PM 3 budak comel
EiraBiz Shoppe ada buat sales. JOM kita tengok dulu apa yang best..!




Owner EiraBiz Shoppe a.ka. Aina Eira...ehehe a.k.a kaklong nak let go semua pixel beads ni. Let go pada harga lelong. Murah-murah je semua. Korang jangan lepaskan peluang ni tau untuk dapatkan pixels ni pada harga serendah RM1.00 je satu. Murah giler lah..
**click pictur above to join**

Sale begins 18th December untill 24th December 2011 (11.59pm)


Memang nak kasi clear stock.. because next year I'll concentrate on my SPM. huhu.. Seram jugak tau bila mengenangkan. Semua perasaan bercampur baur. Takut, gembira, sedih... ye lah kan.. tahun depan tahun terakhir persekolahan.. Memang terasa jugak lah. huhu.. Tapi ramai orang cakap, wahhh...bestnya pasni tak payah pergi sekolah dah, tak payah bangun pagi-pagi bersiap ke sekolah. Takda lagi HomeworK!..

tapi... 

sampai bila kita akan rasa seronok tu.. lama-lama pun mesti boring kan. 'Boringnya aku kat rumah, kat sekolah lagi best, ada kawan, boleh lah bergossip'.. haha tau pun boring, tau pun rindu zaman persekolahan..kuang.kuang.kuang!


p/s: Jangan lupa join sales ni, ajak member-member sekali yew!!


Busy ke Busy Body?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:36 PM 0 budak comel
Hello.. waa... dah lama kak long tak post new entry.. huhu :)


Sejak dua minggu kebelakangan ni, kak long sangat-sangat sibuk. Hah..? Kenapa sibuk? Owh, bab tu jap lagi kak long cerita yer. Setiap sekolah kat Malaysia mesti ada punya.. Ada APA? Bulan bahasa. Sekolah kak long pun salah satu daripadanya lah. Dalam bulan bahasa kali ni macam-macam aktiviti telah disusun untuk kami para pelajar. Kelas 4 Beta pun tak lepaskan peluang untuk libatkan diri. Kami sibuk dengan English Drama Competition. 


Tahun ni ada kelainan sikit. Semua tingkatan 4 diberi tajuk drama yang sama. Lepas terpulang lah masing-masing nak present macam mana. Hehehe :) Nak tau tajuk apa? 


GULP AND GASP

Haha...tajuk. Ok lah citer ni, not bad! Cuma kami kena fikirkan cara presentation yang gempak lah. Yang ambil bahagian hanya dua kelas aje. Kitorang tengah bid dengan kelas Alpha. Biasa lah kelas tu, dorang ni sangat lah bersemangat waja. Pantang nak kalah, tahun lepas pun presentation dorang pun memang gempak lah. Jadi, Kami ni dah bersepakat nak wat yang TERBAIK!!

Kak long tak berlakon lah.. Malu lah! hehe :) Kak long lebih suka bekerja di belakang tabir. Huhu.. Tugas kak long di bahagian props aje. Jangan pandang rendah yer, andai takde bahagian props lakonan tu tak menjadi tau! Wahh..bangga diri pulak. Tap memang lah suatu kerja yang memenatkan. Dah lah kena buat setting yang masuk dengan drama ni. Kalau tak hampeh gak la. 

Ni tinggal last minute punya kerja, masa awal-awal haritu tak nak buat latihan betul-betul. See, sekarang dah jadi kelam kabut. Main-main lagi. Dorang start serius lepas Director kita marah. Haha..ambek kau, sekali marah!! 

Tapi apa yang penting! Kelas pun dah miss. Homework bertimbun tak siap lagi. Malas lah nak siapkan. Takpelah at least ada alasan nak excuse. Tapi alasan ni dah lapuk ler kak long ;) By the way, get ready for this coming Tuesday! Saat-saat yang paling ditunggu-tunggu. Huhu! Ok, bye!

Wahh...Apa yang wah?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:45 PM 2 budak comel
As-Salam,
Apa kabo? Sihat ye. Harap2 macam tulah ye. Mintak maap lah ye, dah lama kak long tak update blog. Biasalah penyakit kronik lagi lah tu.
Sebenarnya takde ape benda yang nak cerita. Kaklong stress! Cikgu marah-marah kat sekolah. Huhuu.. :( Sedih tau, dorang tu lah asyik buat bising dalam kelas. Banyak cikgu dah komplen, buat malu jer. Dorang tu memang kadang-kadang kaklong rasa marah jugak. Ishh.. sabar lah hati. Budak lelaki terutamanya. Bertindak sungguh tak matang. Perangai keanak-anakkan. Macam budak-budak. Menyampah gak.

Memang sedih lah hati ni. Rasa macam nak nangis bila tengok cikgu touching. Wahh! Macam kaklong je yang touching ni. Hehe :) Hope esok cikgu berada dalam mood yang baik. Baru belajar pun ok je. TAPI, korang tau tak, cikgu ajar masa marah-marah lagi best sebab semua orang diam. Tumpukan perhatian konon takut kena marah. Huhu..tapi, jap lagi buat lagi kesalahan. Haha..Sudah la kaklong. Pegi buat homework. Yeyer, kejap!


Exam's Week

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:20 AM 2 budak comel
SMK _ _ _ _ _, CHERAS....

UJIAN 1 - MAC 2011.

FORM 4


Tarikh ujian :-
7 MAC 2011 - 11 MAC 2011


Jadual Ujian 1: Mac 2011.
Isnin = ENGLISH & PHYSICS
Selasa = BM & CHEMISTRY
Rabu = SEJARAH & MATHS
Khamis = PEND. ISLAM & BIOLOGY
Jumaat = ICT & ADD MATHS


UJIAN 1 dah datang!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 3:02 PM 0 budak comel
Oh.. tidak.......... Rupa-rupanya dah nak exam lah..
sekarang masa untuk study lah...

OMG >>>>>>>>

LAST MINUTE!!!!!!!

TEPIII..... Kak Long nak study


Mati lah kau lepas ni.. failed!!!



Sedih tapiii....!!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 4:24 PM 0 budak comel
Hari ini, keputusan permohonan ke sekolah berasrama penuh boleh disemak secara online di sini.



Sebenarnya aku dah check semalam. Hahaha.. Tapi hari ni saja suka-suka nak check lagi sekali. Mana tau dia dah masukkan detail yang sebenarnya. Mengaku je lah yang hakikat sebenar kau tu tak dapat kak long! Huh!! Sedih ni..... tapi kan, rasa best pula tak dapat kan. At least aku tak payah susah-susah tinggalkan sekolah aku ni. Kalau dapat sekali pun, belum tentu lagi pergi kan. Serius aku sayang sekolah aku sekarang. Sayang cikgu-cikgu kat sini!


Dan bila dah dapat mesti lah kena pergi kan. huhu. Yang lecehnya masa nak urus hal pertukaran sekolah nanti. Nanti kena jumpaa cikgu tu lah cikgu ni lah, buat itu ini. Macam-macam nak kena buat. Kesian pulak tengok kawan-kawan yang dapat tawaran ke SBP tuh. Terpaksa skip kelas untuk urus semua tu. 

Yang pastinya ahli 4 Beta semakin bertambah..
Bukan berkurang ok!! Hahh..pelik kan? 
Aku cakap macam tu sebab, semua pelajar tingkatan 4 telah dirombak semula. Ya lah! Dah tu, ada yang nak masuk kelas akaun, ada juga yang dari kelas akaun nak ambil sains. Paling tak faham, yang dah sah-sah dalam kelas sains pun nak tukar kelas. Konon nak masuk kelas first and second. Bagi aku kelas ke berapa sama je. Aliran yang sama kan, so...apa nak tukar-tukar. Aku tak suka buat kerja yang leceh ok. Nanti bila dah tukar kelas, mula lah nak tukar nama kelas dekat buku latihan, nak kena ambil data dari kelas lama transfer ke kelas baru. Cikgu-cikgu antara orang yang paling busy minggu.

Hehehe...bila cikgu dah busy tuh. Faham-faham je lah yer.. Peluang ni bukan datang selalu. Kami apa lagi, boleh relaks. Hehehe.. Bukan apa, nak siapkan homework yang tak siap lagi. Dah la berlambak!! Sesekali kami lengkapkan papan kenyataan kelas, penuhkan. Nanti dapat anugerah kelas paling ceria. Hehehe :D

Dan aku pun nak mem-busy-kan diri aku. Haha..Apa lagi tolong cikgu ler.

Ok lah ni pun homework dah siap lagi. Nasib baik esok cuti sempenan Thaipusam! Bye, nak buat homewok ni.....

Minggu Pertama Persekolahan

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 3:38 PM 2 budak comel


Oleh sebab dalam masa seminggu ni kak long tak post new entry, hari ni nak wat review sepanjang minggu pertama sesi persekolahan 2010 2011. Huhh.. Mungkin banyak benda yang nak diceritakan. Biasalah orang baru masuk ke menengah atas, nak sama macam budak darjah 1 masuk sekolah... eh silap, budak darjah 1 tu budak sangat. Budak form 1. Hahaha!




Hari Pertama - Bangun pagi, punya bersemngat! Tak sabar-sabar nak pergi sekolah tu. Awal gila bangun. Lepas dah siap, solat, sarapan dll. Opps, kak long sarapan roti jer ok! Sorry, kak long tak pernah sarapan berat-berat lagi. Takut nanti dalam kelas perut memulas. Haha :) Teruk la kak long ni!! Lepas tu, pukul 7 pagi, gerak ke sekolah. Orang semangat ni. Best..so, dah decide masuk kelas sains. Dapat masuk kelas Beta! Alhamdulillah ahli 4Beta semua melayu@islam. Urmm, bagus lah macam tu. Lagi sekali tahun ni, Kak Long dipertanggungjawabkan untuk ceriakan kelas. Aduhh, ingatkan nak pencen, tapi tak sampai hati nak kecewakan cikgu. Tulah, memandai je dorang cadangkan kak long! Jeling jer dorang tapi tak ambil kisah pun. Cikgu pun tengok aku dengan muka penuh pengharapan. Aku pun apa lagi, tak sampai hati kan. Kalau aku tak ambil tanggungjawab tu, siapa yang nak kan! :P Orang lain pun tengok macam tak nak je, lama jugak duk fikir. Pastu, terus setuju je lah. Kawan-kawan baik aku tak nak tolong lantak lah, aku buat sorang-sorang. Lagipun kawan-kawan yang gila-gila ada! Haha :) Dorang ni kena sekepala baru cun! 


Ingatkan hari pertama nak enjoy dulu, orentasi(copp...macam ni ke ejaan nye?), Oren tasi gitu..hahaha:) Jangan gelak!! Sesiapa tau bagitahu kak long ejaan sebenarnya ok. Apa lah kak long ni tu tak tau ke..huhu. Tapi kan, hari pertama semua cikgu setiap subjek buat intro muka ganas tu! Dia hentam cukup-cukup. Kecut perut lah pulak dah. Sangat mengancam. Aku rasa dahi pun berkerut seribu. Ok then cikgu-cikgu semua pun cool...tapi tegas!! Kebanyakkan cikgu dah kenal tahun-tahun lepas. Baguslah. Hey, Ok What! Paling best guru kelas aku lah, keceriaan kelas kalau siap dalam masa sehari dia cakap nak belanja air C2..haha :) Minta maaf yer cikgu, tak sempat nak buat lagi. Cikgu ni orang kedah ke penang? Yang penting cikgu ni Utarian jugak! Korang tau tak apa? Orang utara lah! Ok not bad, at least aku boleh faham apa yang cikgu cakap kadang-kadang ter-slang! Hampa jangan jadi penyegan nah! haha


Hari Kedua - Hari ni terbangun lewat sikit. Aku lihat dunia pun sebab ada orang kejutkan. Haha, kalau tak, tak sekolah lah aku alamatnya hari tu. Hari kedua tak banyak cerita kot. Apa yang ada hanyalah homework, kena buat essay, nota chemistry. Waaa.. :( Budak kelas lain cakap 'Kesian korang ada homework'. Jelous nyer!!


Hari Ketiga - Ada apa ek? Hah, Oreantasi(hehe)! Ingatkan pasal apalah sangat. Last2 pasal intoduction to form 4 subjects je. Dengar ok jer, yang paling mengancam Prinsip Akaun(PA). Huh! Dah decide ambil science stream. Ingat nak tuisyen je PA tu. Sekadar nak tahu main-main gitu. Tambah ilmu untuk persediaan masa depan. Aku taknak ambil kertas PA dalam SPM! Hoho...Pastu terfikir nak tambah subjek ICT jgk. Tapi, boleh ke ek? Cikgu cakap boleh tambah maksimum sampai 11 subjek.  Aku ni tamaknya jugak yer, semua nak belajar. Sabar-sabar. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran! Jangan tamak, Ok Kak Long!


Hari Keempat - Ada homework Biology. Huhu! Tak buat lagi ni. Siap pinjam buku rujukan kat library lagi tau. Konon nak buat rujukan, maklumlah buku teks belum dapat lagi... Tapi satu apa pun belum buat, Haha. Cikgu jangan marah yer. Nanti cepat tua! Belajar Maths, Standard Form. Ok, aku faham kira ok lah tu. Tapi tak buat revision nanti takut lupa lah pulak. Haha. Small matter, minggu ni kita relaks dulu.


Hari Kelima - Paling best sebab balik awal. Hehe, jahat jugak aku ni. Then, hari ni dapat buku teks. Banyak lah pulak. 17 buah buku semuanya. Tapi aku dapat 15 je baru. Buku teks Chemistry & Practical Chemistry tak dapat. Dah habis disapu orang lain dulu. Aku tak sempat nak capai dulu lah. Ambil buku teks pun dah macam beli ikan kat pasar lah. Cikgu letak buku kat atas lantai, korang pilih lah sendiri. Ish3..Astaghfirullah! Kenapa cikgu buat macam tu. Kan tak baik, dah la semua main berebut, dengan ramainya. Ya Allah, sekali dipijak dilangkah buku tu. Apa salahnya cikgu susun. Cikgu ramai pembantu apa. Biar dorang ambil sendiri. Pastu dah la tak beratur. Main serbu je. Aku tak suka macam tu. Aku biar dulu, tunggu keadaan dah reda sikit baru aku ambil bahagian aku. Itu yang dapat 15 buah buku je.. 


Masa nak balik, lupa nak bagitau mak cakap hari tu ambil buku teks. Boleh jemput aku kat sekolah. Apa punya lembap la aku ni. Mula-mula rasa call je bagitau suruh jemput. Tapi mengigatkan mak tak sihat, aku balik jalan kaki je lah. Huih, penat korang tau! Dengan buku yang berat. But its ok, berat-berat pun ilmu... Balik rumah dah macam orang semput. Huhu. Macam pecut 100meter. Hoi kak long, sedarlah yang awak tu dah gemuk sebab tu cepat penat! Yelah kan, sebelum ni duk rumah makan tidur je kan. Mestilah lah bertambah berat badan. Ish3..tak boleh jadi ni kena diet lorh!!






 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review