Suka Blog KakLong tekan like! :)

Hidup di PLKN

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 1:51 AM
Cerita ni dah lama yer..
Baru nak update kat blog..haha..Lambat betul! :)


Ok, ini masa last day kat kem,
ada majlis penutup Kumpulan 1 Siri 10/2013

Antara aktiviti kat PLKN:
Ada aktiviti air, belajar elemen keselamatan dalam air. Kitorang siap pegi swimming pool lagi tau! Hehe :D


Ini pulak waktu petang, aktiviti riadah kami. Ada macam-macam game; bola sepak, bola jaring, bola tampar, futsal.. ni semua lawan antara kompeni..and ada gak lawan dengan staff kem.


Okay, ni masa semua takde keje agaknya.. So semua nak bergambar. Haha :D
Ni lah kawan-kawan rapat kak long kat sana. Satu kompeni satu dorm lagi! :')


Gambar kenangan kami di Kem PLKN Sinaran Suria


Masa ni ada jamuan kompeni, maklumalah kompeni kaklong banyak menang en, so time ni lah kitorang bukak segala hamper tu. Buat jamuan, makan ramai-ramai. Seronok! 
Sampai muka macam ape je, ye lah masing-masing dah penat, muka letih je semua.


Ok, ni masa malam akhir, malam penutup, malam perpisahan! Haha...masa ni segala macam persembahan ada. Daripada pelatih sampai lah staff pengurusan. 
Tema malam penutup kami ialah 'Fantasi & Magika'
Kak long dress simple je, tak cukup bajet lah katakan..haha :D


Memori sepanjang berada kat PLKN memang best. Ubah mind-set kita cakap TAK BEST!
Sebenarnya senang je nak bagi best, apa yang kita fikir itu lah yang akan terjadi!
Bila kita cakap ohh..tak best, maka yang akan terjadi pun tak best lah..

So, kepada bakal pelatih kat luar sana, jangan takut untuk masuk PLKN!
Banyak keistimewaan kat sana, kat sana juga korang akan belajar survival. Kat sana juga korang boleh analisis perangai manusia. Korang akan jumpa macam-macam perangai. Yang penting korang kena pandai Jaga Diri, Jaga Hati, Jaga Iman !!

Itu je pesal kak long, tak susah pun.. 
So, good luck!





pictures credit to Izzati Abdullah & Nadia Aziba

0 budak comel:

 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review