Suka Blog KakLong tekan like! :)

Crush or Krusher ?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 3:16 PM

Salam ukhwah fillah,

    Wahh... Tajuk hari ni agak mengancam ye. Haha.. Eh, kak long ni ada crush ke? Mesti dalam hati korang cakap macam tu kan. Mestilah kan, umur orang meningkat dewasa memang wujud perasaan macam tu. Tambah-tambah lagi remaja macam kak long ni kan.

    Okay, let me tell you first. Sebelum ni kak long bukan takde minat kat siapa-siapa. Bohong lah kalau cakap takde! Meh sini muka nak tengok sikit siapa yang kata takde dan tak penah ada tu. Penipu besar tu! Zaman kanak-kanak ribena sememangnya ada perasaan suka dengan lelaki ni. Itu biasa kan! Lain lah kalau kak long kata kak long suka perempuan. Nauzubillah, minta dijauhkan. Bila dikenangkan balik zaman dulu, lawak pun ada, comel pun ada. Naik basikal beremba dengan kawan lelaki. Siap lumba lagi siapa sampai dulu kat taman permainan. Haha. 

    Dulu-dulu kak long agak brutal yek. Tapi sekarang pun masih, tapi yang penting keayuan tu tetap ada noh. Amboi kak long! Masuk trolley tolak sendiri kah? Huhu ==' <<peribahasa yang betulnya: masuk bakul angkat sendiri >

    Alkisah tahun lepas, kawan kak long nama dia Cik Juju <---bukan nama sebenar, asyik lah dia bercerita kat kak long pasal sorang budak " lelaki " ni, dia budak baru! Cik Juju tu pot pet-pot pet pasal dia, kak long tak pernah ambil kisah pun. Mula-mula dengar pasal dia tu ada lah rasa kagum terhadap diri dia. Tapi bila selalu Cik Juju duk bercerita, kak long rasa, ApaBagusSangatKeDiaTu??? Haha.. =..=

    WAIT.. kak long cakap pasal dia? Siapa dia?

    Lololo... Oh, lupa pula nak bagitahu kan siapakah gerangan si dia. Urmmm, nama dia ********tutt*******secured***** mana boleh bagitahu. Ok, apa kata guna gelaran untuk dia? Amacam? Ok kah..? Bagi dia gelaran apa eh? What about Mr.Kutub? Haha..apa tu kak long? Apa-apa lah..hehe ;D

    Ok, jom sambung pasal Mr.Kutub..
Ehh...tapi kak long ada nak cerita pasal Krushers juga ni. Kita sambung Krushers dulu lah ye. Yang Mr.Kutub sambung next entry ok? Boleh kan..haa, kamu memang baik :)



Krushers???




    Kak long terniat di hati nak cuba rasa lah kononnya Krushers KFC tu. Satu hari tu, pergi lah KFC berdekatan, haha! Cuba-cuba lah beli Krushers Cookies and Cream tu. Kak long tergedik nak cuba pun sebab salah seorang kawan kak long kata sedap! Huhu. Tapi, amat mendukacitakan hati sebab tak lah sedap mana. Indah khabar dari rupa je sebenarnya. But, maybe korang kat luar sana peminat Krushers, I don't know and forgive me. Lain tekak lain selera, betul tak?

    Mula-mula sedut Krusher (guna straw lah..haha) punya nak ambil feel kan, sedut penuh nikmat, Krushers Cookies and Cream berjaya memasuki mouth, lalu kat bahagian sweet, sour, bitter.. (siapa belajar sains dia tau apekebenda yang kak long merepek ni) Bila sampai bitter, fuhh! Selamat! Lepas tu dah takde rasa apa-apa dah. I'm trying to get that feels again but.....==' sorry to say, memang takde rasa lah lepas tu. Dengan kata lain, tak sedap. Haha..sorry again to Krushers lover..






0 budak comel:

 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review