Suka Blog KakLong tekan like! :)

Sedih tapiii....!!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 4:24 PM
Hari ini, keputusan permohonan ke sekolah berasrama penuh boleh disemak secara online di sini.



Sebenarnya aku dah check semalam. Hahaha.. Tapi hari ni saja suka-suka nak check lagi sekali. Mana tau dia dah masukkan detail yang sebenarnya. Mengaku je lah yang hakikat sebenar kau tu tak dapat kak long! Huh!! Sedih ni..... tapi kan, rasa best pula tak dapat kan. At least aku tak payah susah-susah tinggalkan sekolah aku ni. Kalau dapat sekali pun, belum tentu lagi pergi kan. Serius aku sayang sekolah aku sekarang. Sayang cikgu-cikgu kat sini!


Dan bila dah dapat mesti lah kena pergi kan. huhu. Yang lecehnya masa nak urus hal pertukaran sekolah nanti. Nanti kena jumpaa cikgu tu lah cikgu ni lah, buat itu ini. Macam-macam nak kena buat. Kesian pulak tengok kawan-kawan yang dapat tawaran ke SBP tuh. Terpaksa skip kelas untuk urus semua tu. 

Yang pastinya ahli 4 Beta semakin bertambah..
Bukan berkurang ok!! Hahh..pelik kan? 
Aku cakap macam tu sebab, semua pelajar tingkatan 4 telah dirombak semula. Ya lah! Dah tu, ada yang nak masuk kelas akaun, ada juga yang dari kelas akaun nak ambil sains. Paling tak faham, yang dah sah-sah dalam kelas sains pun nak tukar kelas. Konon nak masuk kelas first and second. Bagi aku kelas ke berapa sama je. Aliran yang sama kan, so...apa nak tukar-tukar. Aku tak suka buat kerja yang leceh ok. Nanti bila dah tukar kelas, mula lah nak tukar nama kelas dekat buku latihan, nak kena ambil data dari kelas lama transfer ke kelas baru. Cikgu-cikgu antara orang yang paling busy minggu.

Hehehe...bila cikgu dah busy tuh. Faham-faham je lah yer.. Peluang ni bukan datang selalu. Kami apa lagi, boleh relaks. Hehehe.. Bukan apa, nak siapkan homework yang tak siap lagi. Dah la berlambak!! Sesekali kami lengkapkan papan kenyataan kelas, penuhkan. Nanti dapat anugerah kelas paling ceria. Hehehe :D

Dan aku pun nak mem-busy-kan diri aku. Haha..Apa lagi tolong cikgu ler.

Ok lah ni pun homework dah siap lagi. Nasib baik esok cuti sempenan Thaipusam! Bye, nak buat homewok ni.....

0 budak comel:

 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review