Suka Blog KakLong tekan like! :)

Lucunya!!!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 4:30 PM 2 budak comel


Lucu ya,
Wang RM2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya,
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Lucu ya,
Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam
berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.




Lucu ya,
Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi
betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.



Lucu ya,
Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa
bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya.

Lucu ya,
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja, tapi novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap.

Lucu ya,
Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

Lucu ya,
Susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip.

Lucu ya,
Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya,
Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara
atau pun melakukan apa-apa.

Lucu ya,
Kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah mesti berfikiran 2X.

Award from Mid Fashion Shop

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 11:25 PM 2 budak comel
Yay!... Kak Long dapat award.. hehe...
Actuallly, Mid kasi kak long lama dah ni.. Tapi segan nak ambil kan.. Tapi orang kata rezeki jangan ditolak.. huhu :) Edeh, gurau je. 

Mid bagi award ni kepada semua follower blogshop nye..

Create your own banner at Mid Fashion Shop!

Ehh..eh.. korang.. jom kita terjah blog Mid.. http://zaazu.com


BTW... TQ MID!

http://zaazu.com

Hello! Hai, buat apa tu?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 1:07 PM 2 budak comel
Korang... tengah buat apa tu? Busy ek? Pertama sekali kak long mintak maaf sebab dah lama tak post new entry. Asyik-asyik entry join contest jer... Kak long tersangatlah busy. Homework gila banyak gedabak! Tak sempat nak siapkan lagi. Dalam seminggu dua ni terlalu banyak aktiviti. Adehh...memang penant habis. Sekarang ni pun ada banyak lagi homework tak siap. *Subjek yang takde esok tangguh dulu, hehe..,, tak payah buat lagi. Ni lah perangai budak zaman sekarang.. Suka tangguh2.. Padan muka kau kak long!! Tangguh kerja lagi..an dah jadi bertimbun.


Minggu depan nak kena hantar report peka Biology & Chemistry. Pastu nanti ada oral assessment pulak. Adoii..dah la tak hafal lagi script nye.. Dugaan!! Nanti ada rombakan kelas lagi... Berapa kali mau rombak lah cikgu.. Kelas kitorang dah ok lah tu 40 orang murid. tak payah lah nak top-up.. nanti jadi sempit..sesakk!! Dah banyak orang nanti kelas bising. Tak dapat nak fokus. 


Hurmmm... lagi nak cerita apa yer? Rasa takde apa dah kot.. Takpe2 nanti korang tunggu next entry kak long yer.. Jangan Marah! Nanti cepat tua....
Ok bye!

Contest Beatiful Eyes by TENNIELICIOUS

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 4:36 PM 10 budak comel
Hari ni Kak Long nak join contest ni pulak.. Hehe :) *Rajin ek kak long join contest2.. Bukan apa, saja nak seronok-seronok.. Nak memeriahkan lagi contest penganjur. 


Kali ini kak long telah di tag oleh Effa. Thanks Effa sebab tag kak long yer! 


*klik banner untuk ke blog penganjur contest*

Ok, moh kita tengok syarat-syaratnya:
*tajuk entry mestilah seperti di atas iaitu "CONTEST BEAUTIFUL EYES BY TENNIELICIOUS".
* anda mestilah letak pic anda sendiri ye...
*contest ini terbuka kepada semua peringkat umur.
*anda mesti follow blog cik wanie dan bloghop cik wanie n cik tenten iaitu "tennielicious"
*anda harus letak banner nie di side bar sehingga tamatnya contest nie...
*sila tinggalkan link anda di post ini...sila alert kalau ada apa2 pengumuman mengenai contest ini di blog cik wanie atau blogshop kami..
*akhir sekali..anda diminta tag 5 rakan blogger anda..

*kak long sangat suka pic yang ini..rasa mengancam gitu...*
Sorry la takde pic yang cun-cun nak masukkan..ada yang ni yang latest punya.. MaaP yer!


Kak Long mau tag kamu ni yer!!
- Ryn
- Lina 


Kalau ada rezeki mungkin kak long dapat ni......
pemenang CONTEST BEAUTIFUL EYES yang pertama akan mendapat:
mana-mana contact lens kami yang berharga RM35..

pemenang KEDUA pula akan mendapat :
mana-mana contact lens kami yang berharga RM30..


TARIKH TUTUP CONTEST :
31 / 3 / 2011



CEPAT JOIN TAU!!


KlIK SINI!!

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 11:24 PM 0 budak comel
Kak Long dah lama teringin benda ni...
Sebab cute sangat... especially bila buat purse macam tu. :)





 Period : 10/2/2011 - 28/2/2011

- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

How to Enter
-------@------
- Letak gambar di atas di dalam entry anda (facebook/blog)
- Hendaklah link kan entry anda dengan Entry Giveaway ini
- berikan link anda untuk entry ini

Pemenang melalui Random Org


Meh ramai-ramai join GA ni jom! Sayang korang!



..TAG SEMUA FOLLOWER & BLOGGER YANG SINGGAH SINI...

Velentine!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 11:40 PM 2 budak comel
Pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing"


Asal-usul Hari Kekasih
Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.
Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.
Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.
Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.
Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.

- Artikel iLuvislam.com -

Cara Nak BerDiet!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 2:09 PM 4 budak comel

Korang tahu tak cara paling mudah membakar lemak? Haha... Senang je, masih tetap mengamaklan diet macam biasa. Tapi yang penting. Mesti Minum Banyak Air!!
Air dapat mencapai target fitness kita, yap! Air ni membantu membakar lemak, membina otot dan meningkatkan tahap kesihatan badan kita. Jadi korang munimlah air banyak-banyak yer...

1) Air meningkatkan kekuatan dan performance ketika di gym.
Dalam sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan perlu berada pada tahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya kita mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal dengan ketara. Malah hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot didalam badan. huhu
2)Air membantu mengelakkan kecederaan.
Latihan bebanan dan kardiovaskular intensiti yang tinggi boleh membuat bahagian sendi kita stress. sendi pun tau stress taw! Air boleh atasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi dan membina "cushion" (perlindungan disekeliling sendi).
3) Air membantu penghadaman.
Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak perlukan air untuk dipecahkan kepada komponen lebih kecil. Untuk pastikan badan kita benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, pastikan pengambilan air sentiasa mencukupi. INGAT pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut tidak terlalu penuh.
4) Air meningkatkan pembakaran lemak.
Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal dalam pembuangan bahan kumuhan dalam badan melalui urine. Bila pengambilan air sedikit, bahan kumuhan akan terkumpul dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja keras untuk buang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda kita membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak juga akan berkurangan.
5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.
Apabila pengambilan air adalah rendah, badan kita menyimpan lebih banyak air. Air yang disimpan  diperut, peha, punggung, muka dan dll. Boleh menyebabkan kita nampak gemuk! Sebenarnya kita boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.

Berapa banyak air perlu diambil sehari?
(1kg = 2.2 pound(lb),
1 Oz = 0.03 Liters)
Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama mungkin kita akan kerap ke tandas dengan kerapkerana badan kita sedang membuang simpanan air berlebihan didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.
Ingat jangan minum bila rasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku didalam badan!


credit to:

Join GA Nikisa Izas

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 5:44 PM 5 budak comel
Kenapa ek, sekarang banyak pulak orang buat contest dan giveaway. Hehe... Owner blog ajak join pulak tu. Nampak cam best je kan. Kak long saja-saja join.. kasi gempak!! Cuba-cuba je ni, manalah tau tiba-tiba bertuah.  

Kali ni kak long join giveaway yang ni... :)


Pesanan dari owner:
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Asyik bermurah hati nak buat giveaway ni..Sesiapa yang sudi nak mencuba dipersilakan..Ini adalah kali pertama Asyik Maiburogu buat giveaway..Ini adalah bersempena dgn 1st Anniversary Asyik Maiburogu..Dan untuk menghargai followers Asyik Maiburogu, Asyik dengan berbesar hati nak memberikan sesuatu kepada followers yang bertuah yang sudi nak join Giveaway ni..
Syarat-syaratnya:
1) Jadi followers Asyik Maiburogu (supaya mudah untuk update yang terbaru)
2) Letakkan Banner Giveaway di side bar blog anda dan Link kan banner with this blog..
3) Lengkapkan slogan : Saya suka blog Asyik Maiburogu kerana........? (tidak lebih dari 30 patah perkataan)
4) Make a very nice entry untuk Giveaway ini..
5) Leave your comment and link here..
6) Tag 5 orang rerakan blog anda..

Nantikan hadiah misteri yang pasti berbaloi untuk anda..


'Saya suka blog Asyik Maiburogu kerana blog dia smart. Bila singgah mesti lama, baca entry2 best. Lagi satu kak long suka artwork yang komik. Kartun dia cute je'


Tak tau lah entry ni best ke tak... Kak long tak kreatif sangat.


Nak tag mereka ni,
~ Ara


Yang terbaca entry ni, dialu-alukan join tau!


Senang & Menang with Puteri Katek

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:37 AM 5 budak comel
Bestt! Teruja sangat hari ni. Semalam masa kak long tengah blogwalking, terterjah satu blog ni. Blog pUtERi-kAtEk. Tengah duk syok i follow u..u follow i. Tuanku puteri permaisuri perkenan kak long join contest tuanku. Ampun tuanku, patik siap menjoin kan diri.. Hehe :P Alamak! Kak long sesat kat istana mana ni.


Jeng.jeng.jeng...


Sebelum join mesti ada syarat-syaratnya kan..
Yang ni syarat yang puteri katek letak;
Ö  Buat satu entry bertajuk 'Senang & Menang with Puteri Katek'
Ö  Copy banner contest dan link ke blog Puteri Katek.
Ö  Korang kena buat kasi satu resepi simple yang korang suka dan nak kongsi. Apa-apa yang sedap dan paling penting senang nak buat.
Ö  Of course kena follow. Tak nak follow pun takpe, Kalau kalah padan muka. Hehe:P Jangan Marah!
Ö  Tag sesiapa pun, sekurang-kurangnya sorang.
Ö  Jawap yang ni, dari blog siapa korang tau pasal contest ni… dan sertakan blog tersebut… ( kalau xde xpe )
Ö  Jangan lupa letakkan link korang pasal kat blog puteri katek! 

Tarikh tutup : 14 February 2011

Pemenang akan diberi kepada :
3 blogger terbaik
1 blogger yang banyak promote
1 lucky draw… 
so ada 5 blogger yang akan dapat hadiah ni…ermm…. 
Senang kan??

Nanti dapat hadiah ni...hehe


Ni resepi dari kak long...

Cheesy Wedges ala KFC

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->



gambar carian google je..

Bahan-bahan:

500g frozen wedges (boleh dapat di super/hipermarket)
5 sliced cheese (orange in color)
1 tbs butter
1 tbs tepung gandum
½ cawan fresh milk
2 tbs plain yogurt
Mayonaise


Cara-cara :
  1. Goreng wedges.
  2. Cairkan butter, api perlahan. Masukkan tepung tadi dan kacau.
  3. Masukkan fresh milk, kacau sampai jadi pekat.
  4. Lepas tu, tambahkan cheese tadi, kacau lagi sampai cheese cair.
  5. Baru masukkan yogurt, kacau sebati. 
  6. Pipe kan cheesy sauce dengan mayonaise tadi.
    * asingkan dalam 2 piping bag.
  7. Sedap dimakan panas-panas.

p/s: Masa first kak long dapat resepi ni terus buat. Selalu buat ni.. Sedapp!!!


Nak bagitau puteri katek....
Kak long join contest ni tuan punya blog yang ajak ok.

Then, nak tag dorang ni...
~ Comel ~
~ Leen ~

* Mana yang kena tag jangan tak join pulak yer!



Aduss...

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 12:32 AM 2 budak comel
Hai semua... tengah buat apa tu? Malam ni kak long saja-saja online. Hehe :D Korang dah tidur ke belum ni. Amacam, sedap tidur..? Ke sama macam kak long ni hah.. Tak dapat nak tidur dengan aman. Yelah malam Tahun Baru Cina lah katakan. Tembak mercun lah.. Bising!!! Tak boleh nak tidur langsung. Dah la bilik kak long yang tengah.. Yang jenis tingkap ke atas punya. Gerenti dengar bunga api/mercun tu lebih kuat dari bilik lain. Husshh... Sementara tengah fresh lagi ni, sempat berblog sambil tengok tv. hehe! Banyak juga cerita cina ni...huhu. Layan je lah. Best apa! Especially yang berkungfu punya. Lagi adventurous. Fuhh! Yelah tu kak long.


Sebenarnya tak ada apa pun yang diceritakan malam ni. Cuma saja-saja nak tulis entry yang membosankan kali ni.. Ok lah... Daaa...


p/s: Jom teman kak long blogwalking! :)

Place Your Free Ads Here!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:46 AM 0 budak comel
Mulai Februari 2011, Kak Long mengalu-alukan kepada sesiapa yang nak beriklan di blog kak long ni. Yang best, iklan free of charge tau!

Sesiapa yang berminat hanya perlu Klik pada ruang iklan yang kosong tu, kemudian sila lengkapkan form tu yer.

Saiz banner yang disediakan ialah 468x60, 125x125, 180x60. Untuk lihat kedudukan iklan banner anda sila scroll ke bawah yer! 

Apa yang anda perlu buat hanya jadi follower Kak Long, dan buat entry/note/masukkan blog kak long dalam blog list anda! Itu je ok! THANKS.

Lepas dah isi form tu, kak long published banner dalam masa 24 jam yer. :)
 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review