Suka Blog KakLong tekan like! :)

Cara Nak BerDiet!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 2:09 PM

Korang tahu tak cara paling mudah membakar lemak? Haha... Senang je, masih tetap mengamaklan diet macam biasa. Tapi yang penting. Mesti Minum Banyak Air!!
Air dapat mencapai target fitness kita, yap! Air ni membantu membakar lemak, membina otot dan meningkatkan tahap kesihatan badan kita. Jadi korang munimlah air banyak-banyak yer...

1) Air meningkatkan kekuatan dan performance ketika di gym.
Dalam sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan perlu berada pada tahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya kita mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal dengan ketara. Malah hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot didalam badan. huhu
2)Air membantu mengelakkan kecederaan.
Latihan bebanan dan kardiovaskular intensiti yang tinggi boleh membuat bahagian sendi kita stress. sendi pun tau stress taw! Air boleh atasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi dan membina "cushion" (perlindungan disekeliling sendi).
3) Air membantu penghadaman.
Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak perlukan air untuk dipecahkan kepada komponen lebih kecil. Untuk pastikan badan kita benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, pastikan pengambilan air sentiasa mencukupi. INGAT pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut tidak terlalu penuh.
4) Air meningkatkan pembakaran lemak.
Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal dalam pembuangan bahan kumuhan dalam badan melalui urine. Bila pengambilan air sedikit, bahan kumuhan akan terkumpul dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja keras untuk buang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda kita membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak juga akan berkurangan.
5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.
Apabila pengambilan air adalah rendah, badan kita menyimpan lebih banyak air. Air yang disimpan  diperut, peha, punggung, muka dan dll. Boleh menyebabkan kita nampak gemuk! Sebenarnya kita boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.

Berapa banyak air perlu diambil sehari?
(1kg = 2.2 pound(lb),
1 Oz = 0.03 Liters)
Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama mungkin kita akan kerap ke tandas dengan kerapkerana badan kita sedang membuang simpanan air berlebihan didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.
Ingat jangan minum bila rasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku didalam badan!


credit to:

4 budak comel:

|| A r a W a n i || said...

ahkak..
apsal bila i minum air banyak berat badan pun banyak?
NAK NANGES LAH MACAM NI..


WUWUWUWUW~~~~

KakLong AiNa said...

Haha... wallahualam..
Jangan nangis..kak long tak reti pujuk ok ",

Al Basirah said...

letih
nnti asyek gi toilet ja
huhu

KakLong AiNa said...

takpe... tu baru sihat.. hehe :D

 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review