Suka Blog KakLong tekan like! :)

:( Demam!!! :(

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 2:09 PM
Hai semua!!
Rasa hari ni tak tulis banyak kot. Ni aku tulis waktu kepalaku tengah berdenyut-denyut. Muka aku rasa panas. Tekak aku rasa kembang & kering giler ni! Hidung aku pulak tersumbat. Asyik sup-sap jer.. Bila aku bernafas dah macam orang nak mati. Dengar nafas bunyi kuat ni. Terbatuk-batuk yang memedihkan dada! Aduhh! Seksanya diri ini.


Kesimpulannya, aku tengah demam, selsema, batuk (3 in 1). Sakit kepala yang amat. Selsema teruk gila ni, muka aku pucat ni. Dah macam mayat hidup! Bila tengok kat cermin rasa seram la pulak..hehehe...


Dan yang paling penting, bila aku demam mesti perut asyik buat hal. Makan sikit nak buang balik. Sebenarnya aku main hentam makan je. Tak rasa nikmat makanan pun. Janji kenyang! Haha... Pastu makanan tu tak boleh pedas sikit. Cepat je proses penghadaman berlaku. Huhu!


Yang paling penting semalam berapa ribu kali aku hasyem! Kesian, habis virus semua. Haha. Yang bestnya, suara aku jadi sengau!...ahahaha...


p/s: Sudahlah tu, ni tengah duk lalok..lepas telan ubat selsema & minum ubat batuk! Apa lagi.... Mati sementera lah aku jawabnya! Bye!



0 budak comel:

 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review