Suka Blog KakLong tekan like! :)

Yay..!! Pertama kali sejak berbelog!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 11:53 PM 3 budak comel
Hallu...!


Eh, tak perasan lah pulak, hari tu aku post entry tak perasan ada benda ni kat chatbox aku! Ish3... Sorry ya beb..


Haha, first time dapat award! Award ni Nef yang kasi. Thanks yaw!


Ni nak jawab soalan pulak...


1. Ucapan Anda
'terima kasih buat Nef kerana bagi award ni ... really like it...
first time tu dapat award dengan usia kelahiran blog aku yang baru berapa bulan ni, tiba2 dapat award..Wah! bertuah betul KakLong kita ni yer..'
Thanks a lot!!

2) Berikan 4 ciri wanita/lelaki idaman untuk dijadikan isteri/suami.
'yang pasti sedap mata memandang'
'penyanyang, bertanggungjawab, tak banyak songeh'
'berani & adil dalam rumahtangga'
'paling penting memahami kelebihan & kekurangan serta perasaan seorang wanita'
cewahh...sempat berangan lagi ni..hehe :)

3) Berikan 1 tips untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan.
'apa yang paling penting mesti bertolak ansur dan berusaha selesaikan masalah sebaik mungkin, elakkan pertelingkahan & pergaduhan yang berlarutan'

4) Pernah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta
'rasa macam pernah.. tapi di mana yer..hurmm entahlah! tak ingat dah'

5) Letakkan 10 link pilihan anda dan bagitahu mereka
telah memenangi award ini.
durratul ain -
- aien -
- ainaa jonet -
- yaya -
- naili izzati -
- nef -
- nad -
- amir auxin -
- alyn -
- farahani -

Kepada yang telah di tag, jangan lupa ambil award ni ye..ikhlas ni! :)

p/s : ambil award ni, then jawab soalan yang disediakan tu ok...hehe..korang memang best!


:( Demam!!! :(

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 2:09 PM 0 budak comel
Hai semua!!
Rasa hari ni tak tulis banyak kot. Ni aku tulis waktu kepalaku tengah berdenyut-denyut. Muka aku rasa panas. Tekak aku rasa kembang & kering giler ni! Hidung aku pulak tersumbat. Asyik sup-sap jer.. Bila aku bernafas dah macam orang nak mati. Dengar nafas bunyi kuat ni. Terbatuk-batuk yang memedihkan dada! Aduhh! Seksanya diri ini.


Kesimpulannya, aku tengah demam, selsema, batuk (3 in 1). Sakit kepala yang amat. Selsema teruk gila ni, muka aku pucat ni. Dah macam mayat hidup! Bila tengok kat cermin rasa seram la pulak..hehehe...


Dan yang paling penting, bila aku demam mesti perut asyik buat hal. Makan sikit nak buang balik. Sebenarnya aku main hentam makan je. Tak rasa nikmat makanan pun. Janji kenyang! Haha... Pastu makanan tu tak boleh pedas sikit. Cepat je proses penghadaman berlaku. Huhu!


Yang paling penting semalam berapa ribu kali aku hasyem! Kesian, habis virus semua. Haha. Yang bestnya, suara aku jadi sengau!...ahahaha...


p/s: Sudahlah tu, ni tengah duk lalok..lepas telan ubat selsema & minum ubat batuk! Apa lagi.... Mati sementera lah aku jawabnya! Bye!



Tabik Setan Kita Tahu ke Tidak!!!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 6:54 AM 0 budak comel
Sampai Menyampaikan,
INGAT & Mengingatkan....


Mari lah kita didik  anak-anak bangsa kita.
Supaya tidak jahil... Dan jangan main ikut2 style artis &  idola mereka....

TABIK SETAN/ Satanic  Salute



Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand. 

Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand. 



Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above. 

Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan .
Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible. 


A Satanic Ritual
Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)
 


Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.




Artis2 MELAYU ISLAM....JUGA SAMA...!!! 

Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...
yang tak tahu apa maksud 'sign' yg mereka tunjukkan & main suka2 ikut sahaja......


  
ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI.... 


Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. 
kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan.. 
kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan.. 
kemudian berjuang membangunkan negara.. 



SEKARANG NI.. 
ENTAH APA BENDA YANG 
SEDANG DIPERJUANGKAN...??????








credit to : Naili Izzati
~yang forwardkan emel kat aku~

Urmm.... :( Its the day

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 5:13 PM 0 budak comel
Oh no... Aduh, gawat amat! Hari ni result dah keluar beb. Kali ni biar aku cerita sikit macam mana setiap detik yang berlalu. Hehehe....!!

Semalam punya cerita - Aku bangun pagi pukul 4. Ingat nak sambung tidur tapi tak boleh nak tidur lah. Aku pun decide berjaga sementara subuh. Ok, lepas dah solat tu...macam biasa buat breakfast. Semalam breakfast pancake lagi. Yang ni best bakar dalam sandwich toaster. Aku terlebih letak gula lah. Rasa macam bahulu lah pula. Tapi bahulu lagi manis dari pancake bahulu aku ni. Hahaha! Lepas dah habis breakfast, aku online sampai tengah hari baru mandi. Haha..Bukan apa aku ni takut sejuk la mandi awal. Sensitif! Then, dah petang tu mengantuk la pulak. Apa lagi, terus landing lah..

Aku landing sampai malam, sampai tengah malam. Pastu, aku terjaga dari tidur pukul 1.30 pagi. Ishh..awal lagi ni. Apasal la awal pulak terbangun kali ni. Aku tengok adik tak tidur lagi. Dia tengah layan facebook & youtube. Game makeover lagi la! So, aku pun cubalah melelapkan mata ni balik. Tapi, tak boleh nak buat macam mana lagi. Dah macam-macam, tutup lampu, tutup mata, tutup telinga (yelah dengar bunyi tekan mouse). Semuanya tak boleh juga. Hampeh! Dah dekat pukul 4 pagi. Aku terus bangun lah, hehe..masa untuk online! Aku on sampai pukul 5.30 macam tu. Dah subuh, breakfast makan roti bakar je. Aku bantai 4 keping. Yelah, semalam kan tak makan. Dah tu asyik terbongkang atas katil. Lapar tu!!!

Pagi tadi punya hal - Yang bestnya, aku semangat buka radio. Haha :) Apa lagi radio sinar je yang boleh masuk dalam kepala otak aku ni. Yang lain tak dapat terima sangat. Ok apa Sinar! Kadang-kadang tergelak sorang-sorang bila dengar S.Y., K.E., Krill berceloteh! Dah itu pun yang sebati dengan jiwaku.

Siap gila awal. Almaklumlah orang tengah bersemangat nak ambil result. Tapi jauh di sudut hati ni dah cuak! Budak-budak 3 Optimis suruh datang awal. Konon nak bincang pasal jamuan. Fuhh, dah nak masuk tahun baru pun nak bincang lagi ke. Semangat ni, text ezza, aminah, izzati...datang awal. Tapi bila sampai je sekolah pukul 9.30 takde sesiapa lagi (yg kelas kami jelah). Ada pun 2-3 orang je. Last sekali, bincang pun tarak! Kena tunggu lama lah juga sementara result keluar. Mula-mula cakap 10.30 dah boleh ambil. Tapi berlarutan sampai 11 lebih.

Sengaja kan buat orang tertunggu-tunggu. Buat orang suspen, cuak gitu. Kesian la, best friend aku dapat 7A je, Maths dia B. Sayang!

Takut sangat masa cikgu umum siapa yang
straight A's. Banyak dari kelas 3 Inovatif yang 8A! Mula-mula tu dah tak yakin dapat bagus, sebab yelah budak Ino yang banyak..Bolot semua! Tahun ni seramai 75 orang straight A's. Aku pun tergolong dalam 75 orang tu. Alhamdulillah. Peratus tetap meningkat walaupun tak capai target. Alhamdulillah. Cikgu-cikgu semua bangga. Tersenyum sampai ke telinga nampaknya. Memang saat yang menggembirakan. Siapa yang tak bangga kan..


Then, masa cikgu panggil ambil slip tu macam tak percaya je boleh dapat 8A. Menggigil tangan. Yang best sempat bergambar lagi tu. Haha..tak tau lah macam mana rupanya nanti. Dah lah antara kawan-kawan aku, nama aku yang disebut dulu. Alhamdulillah kawan-kawan pun result ok. Tapi kesian Aminah & Naili. Aminah lagi lah kesian, B dia BM! Ya Allah. Anak Cikgu Ridzuan pun 8A. Dia tanya kami BM macam mana. Tak nak ambil tau dah pasal 8A ke tak. Yang pasti BM wajib A. Tapi kesian la Aminah. Dia bagitau cikgu macam dengar tak dengar je. Ok lah tu, kalau tak nanti dia membebel pulak. Kena marah pula nanti. Hehehe....

Apa-apa pun, Congratulation kepada yang berjaya semua. Yang mana result tak baik tu jangan sedih-sedih. PMR ni still cool. Janji SPM pasti gempak punya. Usaha lebih untuk SPM (paling penting ni). Go babe!! Chill........

Perasaan itu, buat jiwaku kacau!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 10:10 AM 0 budak comel

PMR!... result khamis ni.. oh tidak. Takut gila. Risau!!!... sebelum ni asyik mimpi dapat teruk especially science. Yang best awal tahun dah mimpi dapat teruk. Nampaknya dia dah siap warning awal-awal lah.

Hai..la result. Harap-harap cemerlang kali ni. InsyaAllah! Aku ni dah mula gelabah tak tentu pasal. Fikir macam-macam. Nanti kalau tak dapat bagus malu! Kesian mak & abah..Dapat malu. Dan aku taknak terjadi begitu!

Hati bercampur baur. Sebelah kata 'Kau boleh punya, usaha beb'... yang lagi sebelah pulak cakap, 'Eh, boleh ke? Aku dah la tak pandai science & english'.. Absolutely, itulah yang sering menggannggu diri ini. Aku buat keputusan taknak fikir pasal tu lagi. Tapi tak fikir pun salah juga ye...leka lah pulak. Ish3... hidup ni tidak melengkapi antara satu sama lain. huhuhu. Dugaan!!!

Tapi kan...bila diingatkan balik, kesian cikgu-cikgu dan parents...mereka ni sangat mengharap! Dalam masa yang sama aku bangga kerana diberi peluang untuk percayai aku. Huhh..tapi dalam hati. Kalau tak dapat sorry lah yer. Eden dah cubo buat yang terbaik! Kalau ada rezeki ada lah tu. Tak lari gunung dikejar.

Huiiihhh... Sabar lah hati yer dak...!
To all my friends..wish you all best of luck! Nanti share lah kiter yer.. :)

Breakfast Time!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 7:06 AM 0 budak comel
Pagi ni bangun tak ni? Mentang-mentang lah hari minggu kan..duk sambung tidur pulak yer! Ini tak boleh jadi ni. Udoh2..bangun.


Ok, hari ini kita breakfast lain dari yang lain pulak. Selalu breakfast roti canai..takpun nasi lemak..Habis balun dua bungkus. Hurmm..kita nak breakfast apa ni...?



Kita search dulu!!! Hurmm....Nak buat apa ye. Hey, kamu! Takkan diam je dari tadi. Ini tidak adil. Tolong lah fikirkan sekali.

Hahh!! Apa kata kita buat ala-ala western sikit..hehe... Kita breakfast pancake nak tak? Sedap tuh! Rasa dia macam waffle.. alah.. yang macam ni lah.. Apa lah takkan tak tau kot.


Tapi kita bukan nak buat waffle tau!



Pancake Time!!!

Jom kita tengok apa yang diperlukan untuk buat pancake ini. 

Ingredient:
  • 3 sudu besar butter/marjerin yang dicairkan.
  • 1 biji telur ayam (guna gred A lagi bagus).
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (kalau takde guna tepung gandum biasa kena + soda bikarbonat).
  • 1 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu besar gula castor.
  • 1 cawan susu segar (guna susu tepung bancuh dengan air pun boleh).
  • secubit garam.
  • [optional]1 1/2 sudu besar mayonis (siapa yang simpan stok  boleh tambah yer). 
Steps:
  1. Campur semua bahan, gaul sebati. Boleh guna mixer/blender. Pastikan blender bersih dulu yer. Jangan ada tertinggal sisa cili pulak.
  2. Biarkan 10 minit. Baru boleh bakar/goreng guna non-stick pan.
  3. Sebelum tu, lenser butter/minyak sikit.
  4. Guna api paling kecil. Takut nanti hangus!
p/s: Adunan dia nampak pekat..tapi jangan risau, bila dah masak lembut dan gebu saje.

Bila dah masak pancake tu boleh makan bersama-sama madu, jem, aiskrim, dll...


Ok!!! Selamat Mencuba! Good Luck!



Bahasa Bayi! Adakah Benar Bayi Berkomunikasi Melalui Tangisan?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 5:48 AM 0 budak comel
Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.


Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'. 


Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.


Jika seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.


Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.


Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik yang digunakan oleh si ibu ini telah diuji oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+  bangsa seluruh dunia.


9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.


70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.


2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.


Anda tak percaya? 


Salah seorang dari ibu tersebut telah membuktikan fakta ini dengan menggunakan rakaman video anaknya sendiri.


Nak tengok? KLIK SINI 


17 Disember

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 6:16 AM 0 budak comel
Sebenarnya ada apa dengan 17 Disember tuh..? Hurmm...
Aku ada sorang best friend, from Kepala Batas, Penang. Nama dia "....", kengkawan dia kat sana panggil KakLong.. haha :P Sama tak dengan aku!! Dia dalam family dia pun kak long jugak! Aku pun kak long! kat sekolah kengkawan giler2 aku panggil kak long. Kengkawan baik2 panggil aku aina. Dalam family aku anak sulung perempuan..huhu.


Urmm.. Nak taw tak camner aku leh dapat gelaran kak long kat sekolah?
Citer dia cam ni.... Dulu masa aku form 2 (thn 2009), aku tolong Pn Ong fotostat segala nota2 science. Biasalah aku ni rajin kann.. Actually, masa first masuk sekolah baru aku agak bosan lah..xde geng! So next year tuh yang plan nak jadi happy go lucky..xnak jadi pendiam & pemalu dah... Nak jadi cerita nyer, masa tuh teacher tanya ada sesape yang leh tolong taipkan nota science. So..Aku pun offer diri ini. Saje nak try..lagi pun sikit jer nak taip nota. Ingatkan itulah yang pertama dan terakhir. Rupanya tak! Teacher cakap past kat orang lain plak taip nota tuh. Aku bagi ler kat kawan aku nih..dia bukannya buat pown! Pastu mintak tolong aku. Aku pun ok jelah time tu free2 saje. Cepat lah siapnya! teacher pown puji2 lah aku buat kerja cepat, cekap! Huhh..Segan aku. Lagipun tolong cikgu xde salah kan??


Haii.. lama2 teacher asyik mintak aku wat tu wat ni... Dari taip nota sampailah fotostat untuk kawan2. Hurr..aku mula2 tuh rasa best, syok wat kerja amal. Hahaha! Setiap minggu topik baru.. So kerja aku banyak lah.. Every day kena collect duit kat kengkawan aku tuh.. Orang mintak hari ni cakap xde duit. Dah habis masa rehat tadi. Hish..bukannya banyak mana pun.. 50sen jer. Pelah!! X simpin duit poket lah tuh.. Main boros semua! pastu mintak esok cakap tak bawak pulak! Aduhh..seksanya setiap hari kena mintak!
Lama2..asyik mintak duit dorang panggil Ahlong, tapi..bunyi cam x sedap jer.. Tukar panggil KakLong! Hurmm.. Ok gak tuh! So, semua pun start panggil kaklong. Aku x kisah pun! Asalkan panggilan yang baik, indah didengar dan tidak menjelikkan!! :D


Hurr.. Aku x citer pun pasal 17 Disember! Len kali jelah! X sempat lah nak tulis. Ni pun dah panjang dah nie! Nak gi Subuh dulu lah! Oitt!! Tu dah bangun lom?








by:
AINA (kak long)
6.10 a.m.
17 Dec.
 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review