Suka Blog KakLong tekan like! :)

Breakfast Time!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 7:06 AM
Pagi ni bangun tak ni? Mentang-mentang lah hari minggu kan..duk sambung tidur pulak yer! Ini tak boleh jadi ni. Udoh2..bangun.


Ok, hari ini kita breakfast lain dari yang lain pulak. Selalu breakfast roti canai..takpun nasi lemak..Habis balun dua bungkus. Hurmm..kita nak breakfast apa ni...?



Kita search dulu!!! Hurmm....Nak buat apa ye. Hey, kamu! Takkan diam je dari tadi. Ini tidak adil. Tolong lah fikirkan sekali.

Hahh!! Apa kata kita buat ala-ala western sikit..hehe... Kita breakfast pancake nak tak? Sedap tuh! Rasa dia macam waffle.. alah.. yang macam ni lah.. Apa lah takkan tak tau kot.


Tapi kita bukan nak buat waffle tau!



Pancake Time!!!

Jom kita tengok apa yang diperlukan untuk buat pancake ini. 

Ingredient:
  • 3 sudu besar butter/marjerin yang dicairkan.
  • 1 biji telur ayam (guna gred A lagi bagus).
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (kalau takde guna tepung gandum biasa kena + soda bikarbonat).
  • 1 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu besar gula castor.
  • 1 cawan susu segar (guna susu tepung bancuh dengan air pun boleh).
  • secubit garam.
  • [optional]1 1/2 sudu besar mayonis (siapa yang simpan stok  boleh tambah yer). 
Steps:
  1. Campur semua bahan, gaul sebati. Boleh guna mixer/blender. Pastikan blender bersih dulu yer. Jangan ada tertinggal sisa cili pulak.
  2. Biarkan 10 minit. Baru boleh bakar/goreng guna non-stick pan.
  3. Sebelum tu, lenser butter/minyak sikit.
  4. Guna api paling kecil. Takut nanti hangus!
p/s: Adunan dia nampak pekat..tapi jangan risau, bila dah masak lembut dan gebu saje.

Bila dah masak pancake tu boleh makan bersama-sama madu, jem, aiskrim, dll...


Ok!!! Selamat Mencuba! Good Luck!



0 budak comel:

 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review