Suka Blog KakLong tekan like! :)

Urmm.... :( Its the day

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 5:13 PM
Oh no... Aduh, gawat amat! Hari ni result dah keluar beb. Kali ni biar aku cerita sikit macam mana setiap detik yang berlalu. Hehehe....!!

Semalam punya cerita - Aku bangun pagi pukul 4. Ingat nak sambung tidur tapi tak boleh nak tidur lah. Aku pun decide berjaga sementara subuh. Ok, lepas dah solat tu...macam biasa buat breakfast. Semalam breakfast pancake lagi. Yang ni best bakar dalam sandwich toaster. Aku terlebih letak gula lah. Rasa macam bahulu lah pula. Tapi bahulu lagi manis dari pancake bahulu aku ni. Hahaha! Lepas dah habis breakfast, aku online sampai tengah hari baru mandi. Haha..Bukan apa aku ni takut sejuk la mandi awal. Sensitif! Then, dah petang tu mengantuk la pulak. Apa lagi, terus landing lah..

Aku landing sampai malam, sampai tengah malam. Pastu, aku terjaga dari tidur pukul 1.30 pagi. Ishh..awal lagi ni. Apasal la awal pulak terbangun kali ni. Aku tengok adik tak tidur lagi. Dia tengah layan facebook & youtube. Game makeover lagi la! So, aku pun cubalah melelapkan mata ni balik. Tapi, tak boleh nak buat macam mana lagi. Dah macam-macam, tutup lampu, tutup mata, tutup telinga (yelah dengar bunyi tekan mouse). Semuanya tak boleh juga. Hampeh! Dah dekat pukul 4 pagi. Aku terus bangun lah, hehe..masa untuk online! Aku on sampai pukul 5.30 macam tu. Dah subuh, breakfast makan roti bakar je. Aku bantai 4 keping. Yelah, semalam kan tak makan. Dah tu asyik terbongkang atas katil. Lapar tu!!!

Pagi tadi punya hal - Yang bestnya, aku semangat buka radio. Haha :) Apa lagi radio sinar je yang boleh masuk dalam kepala otak aku ni. Yang lain tak dapat terima sangat. Ok apa Sinar! Kadang-kadang tergelak sorang-sorang bila dengar S.Y., K.E., Krill berceloteh! Dah itu pun yang sebati dengan jiwaku.

Siap gila awal. Almaklumlah orang tengah bersemangat nak ambil result. Tapi jauh di sudut hati ni dah cuak! Budak-budak 3 Optimis suruh datang awal. Konon nak bincang pasal jamuan. Fuhh, dah nak masuk tahun baru pun nak bincang lagi ke. Semangat ni, text ezza, aminah, izzati...datang awal. Tapi bila sampai je sekolah pukul 9.30 takde sesiapa lagi (yg kelas kami jelah). Ada pun 2-3 orang je. Last sekali, bincang pun tarak! Kena tunggu lama lah juga sementara result keluar. Mula-mula cakap 10.30 dah boleh ambil. Tapi berlarutan sampai 11 lebih.

Sengaja kan buat orang tertunggu-tunggu. Buat orang suspen, cuak gitu. Kesian la, best friend aku dapat 7A je, Maths dia B. Sayang!

Takut sangat masa cikgu umum siapa yang
straight A's. Banyak dari kelas 3 Inovatif yang 8A! Mula-mula tu dah tak yakin dapat bagus, sebab yelah budak Ino yang banyak..Bolot semua! Tahun ni seramai 75 orang straight A's. Aku pun tergolong dalam 75 orang tu. Alhamdulillah. Peratus tetap meningkat walaupun tak capai target. Alhamdulillah. Cikgu-cikgu semua bangga. Tersenyum sampai ke telinga nampaknya. Memang saat yang menggembirakan. Siapa yang tak bangga kan..


Then, masa cikgu panggil ambil slip tu macam tak percaya je boleh dapat 8A. Menggigil tangan. Yang best sempat bergambar lagi tu. Haha..tak tau lah macam mana rupanya nanti. Dah lah antara kawan-kawan aku, nama aku yang disebut dulu. Alhamdulillah kawan-kawan pun result ok. Tapi kesian Aminah & Naili. Aminah lagi lah kesian, B dia BM! Ya Allah. Anak Cikgu Ridzuan pun 8A. Dia tanya kami BM macam mana. Tak nak ambil tau dah pasal 8A ke tak. Yang pasti BM wajib A. Tapi kesian la Aminah. Dia bagitau cikgu macam dengar tak dengar je. Ok lah tu, kalau tak nanti dia membebel pulak. Kena marah pula nanti. Hehehe....

Apa-apa pun, Congratulation kepada yang berjaya semua. Yang mana result tak baik tu jangan sedih-sedih. PMR ni still cool. Janji SPM pasti gempak punya. Usaha lebih untuk SPM (paling penting ni). Go babe!! Chill........

0 budak comel:

 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review