Suka Blog KakLong tekan like! :)

Minggu Pertama Persekolahan

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 3:38 PM


Oleh sebab dalam masa seminggu ni kak long tak post new entry, hari ni nak wat review sepanjang minggu pertama sesi persekolahan 2010 2011. Huhh.. Mungkin banyak benda yang nak diceritakan. Biasalah orang baru masuk ke menengah atas, nak sama macam budak darjah 1 masuk sekolah... eh silap, budak darjah 1 tu budak sangat. Budak form 1. Hahaha!




Hari Pertama - Bangun pagi, punya bersemngat! Tak sabar-sabar nak pergi sekolah tu. Awal gila bangun. Lepas dah siap, solat, sarapan dll. Opps, kak long sarapan roti jer ok! Sorry, kak long tak pernah sarapan berat-berat lagi. Takut nanti dalam kelas perut memulas. Haha :) Teruk la kak long ni!! Lepas tu, pukul 7 pagi, gerak ke sekolah. Orang semangat ni. Best..so, dah decide masuk kelas sains. Dapat masuk kelas Beta! Alhamdulillah ahli 4Beta semua melayu@islam. Urmm, bagus lah macam tu. Lagi sekali tahun ni, Kak Long dipertanggungjawabkan untuk ceriakan kelas. Aduhh, ingatkan nak pencen, tapi tak sampai hati nak kecewakan cikgu. Tulah, memandai je dorang cadangkan kak long! Jeling jer dorang tapi tak ambil kisah pun. Cikgu pun tengok aku dengan muka penuh pengharapan. Aku pun apa lagi, tak sampai hati kan. Kalau aku tak ambil tanggungjawab tu, siapa yang nak kan! :P Orang lain pun tengok macam tak nak je, lama jugak duk fikir. Pastu, terus setuju je lah. Kawan-kawan baik aku tak nak tolong lantak lah, aku buat sorang-sorang. Lagipun kawan-kawan yang gila-gila ada! Haha :) Dorang ni kena sekepala baru cun! 


Ingatkan hari pertama nak enjoy dulu, orentasi(copp...macam ni ke ejaan nye?), Oren tasi gitu..hahaha:) Jangan gelak!! Sesiapa tau bagitahu kak long ejaan sebenarnya ok. Apa lah kak long ni tu tak tau ke..huhu. Tapi kan, hari pertama semua cikgu setiap subjek buat intro muka ganas tu! Dia hentam cukup-cukup. Kecut perut lah pulak dah. Sangat mengancam. Aku rasa dahi pun berkerut seribu. Ok then cikgu-cikgu semua pun cool...tapi tegas!! Kebanyakkan cikgu dah kenal tahun-tahun lepas. Baguslah. Hey, Ok What! Paling best guru kelas aku lah, keceriaan kelas kalau siap dalam masa sehari dia cakap nak belanja air C2..haha :) Minta maaf yer cikgu, tak sempat nak buat lagi. Cikgu ni orang kedah ke penang? Yang penting cikgu ni Utarian jugak! Korang tau tak apa? Orang utara lah! Ok not bad, at least aku boleh faham apa yang cikgu cakap kadang-kadang ter-slang! Hampa jangan jadi penyegan nah! haha


Hari Kedua - Hari ni terbangun lewat sikit. Aku lihat dunia pun sebab ada orang kejutkan. Haha, kalau tak, tak sekolah lah aku alamatnya hari tu. Hari kedua tak banyak cerita kot. Apa yang ada hanyalah homework, kena buat essay, nota chemistry. Waaa.. :( Budak kelas lain cakap 'Kesian korang ada homework'. Jelous nyer!!


Hari Ketiga - Ada apa ek? Hah, Oreantasi(hehe)! Ingatkan pasal apalah sangat. Last2 pasal intoduction to form 4 subjects je. Dengar ok jer, yang paling mengancam Prinsip Akaun(PA). Huh! Dah decide ambil science stream. Ingat nak tuisyen je PA tu. Sekadar nak tahu main-main gitu. Tambah ilmu untuk persediaan masa depan. Aku taknak ambil kertas PA dalam SPM! Hoho...Pastu terfikir nak tambah subjek ICT jgk. Tapi, boleh ke ek? Cikgu cakap boleh tambah maksimum sampai 11 subjek.  Aku ni tamaknya jugak yer, semua nak belajar. Sabar-sabar. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran! Jangan tamak, Ok Kak Long!


Hari Keempat - Ada homework Biology. Huhu! Tak buat lagi ni. Siap pinjam buku rujukan kat library lagi tau. Konon nak buat rujukan, maklumlah buku teks belum dapat lagi... Tapi satu apa pun belum buat, Haha. Cikgu jangan marah yer. Nanti cepat tua! Belajar Maths, Standard Form. Ok, aku faham kira ok lah tu. Tapi tak buat revision nanti takut lupa lah pulak. Haha. Small matter, minggu ni kita relaks dulu.


Hari Kelima - Paling best sebab balik awal. Hehe, jahat jugak aku ni. Then, hari ni dapat buku teks. Banyak lah pulak. 17 buah buku semuanya. Tapi aku dapat 15 je baru. Buku teks Chemistry & Practical Chemistry tak dapat. Dah habis disapu orang lain dulu. Aku tak sempat nak capai dulu lah. Ambil buku teks pun dah macam beli ikan kat pasar lah. Cikgu letak buku kat atas lantai, korang pilih lah sendiri. Ish3..Astaghfirullah! Kenapa cikgu buat macam tu. Kan tak baik, dah la semua main berebut, dengan ramainya. Ya Allah, sekali dipijak dilangkah buku tu. Apa salahnya cikgu susun. Cikgu ramai pembantu apa. Biar dorang ambil sendiri. Pastu dah la tak beratur. Main serbu je. Aku tak suka macam tu. Aku biar dulu, tunggu keadaan dah reda sikit baru aku ambil bahagian aku. Itu yang dapat 15 buah buku je.. 


Masa nak balik, lupa nak bagitau mak cakap hari tu ambil buku teks. Boleh jemput aku kat sekolah. Apa punya lembap la aku ni. Mula-mula rasa call je bagitau suruh jemput. Tapi mengigatkan mak tak sihat, aku balik jalan kaki je lah. Huih, penat korang tau! Dengan buku yang berat. But its ok, berat-berat pun ilmu... Balik rumah dah macam orang semput. Huhu. Macam pecut 100meter. Hoi kak long, sedarlah yang awak tu dah gemuk sebab tu cepat penat! Yelah kan, sebelum ni duk rumah makan tidur je kan. Mestilah lah bertambah berat badan. Ish3..tak boleh jadi ni kena diet lorh!!






2 budak comel:

 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review