Suka Blog KakLong tekan like! :)

Macam Mana Nak Basuh Ayam?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 10:42 PM
Pelik kan kenapa kak long buat tajuk macam tu. Hehe..Takpe yang penting content entry untuk kali ni lah. Korang boleh teruskan pembacaan korang yer!


Sebenarnya hari kak long nak syer tips cara basuh ayam dijamin bersih lagi halal. Ok! Selalunya korang basuh ayam macam mana? Main basuh dalam besen terus ke? Ataupun basuh ayam satu-satu. I mean, basuh seketul2 ayam tu? Lepas tu terus goreng ke apa. Haha


So, apa pendapat korang?


Ok, ni nak bagitau ni. Erk, macam mana nak mulakan yer. Macam mana nak explain bagi korang semua faham. Takut nanti ada yang tersalah faham pula. Kak long pulak yang dosa kang!!


Urmm..okay.. Macam ni, of course korang tahu bila ayam tu dah disembelih darahnya dah berhenti. So, bila dah basuh ayam tu mesti ada sikit-sikit darah yang tersesat kat dalam daging ayam tu. Itu kira dimaafkan lagi ikut hukum haram ni. Tapi, sebolehnya kita basuh lah ayam sehingga kita yakin bersih yer.. Jangan main..ahh, ok la ni. Cincai lah! (no more like this yaw)


Cara paling baik basuh daging2 ayam tersebut adalah dengan cara mengalirkan air mutlak pada daging ayam tu. Erk, faham tak? Macam ni, maksudnya korang perlu basuh satu-satu. Basuh 2-3 kali atau sampai betul-betul bersih. Tak digalakkan basuh sekali gus semua daging ayam tu. Ataupun basuh berulang kali dengan air yang sama. Dikhuatiri tak jamin kebersihannya.


Ok, bila dah basuh tu baru boleh lah letak rempah untuk digoreng. Baru lah bila makan pun yang halal lagi bersih. Ingat, para ibu sekalian...menjadi tanggungjawab untuk beri anak-anak makan yang halal lagi bersih.


Diharapkan korang faham lah apa yang kak long tulis ni yer. Tak faham boleh tanya. Insya-Allah kak long cuba jawap yer.

2 budak comel:

ZWAN SABRI said...

Boleh x kalaw basuh daging ayam tu dengan sabun? barula bersih.. hehe

KakLong AiNa said...

Agak2 lah.. Takkan nak basuh pakai sabun pulak.. Kang bila makan mabuk pulak.. hehe :P

Maksudnya basuh pakai air mutlak, air bersih. :)

 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review