Suka Blog KakLong tekan like! :)

Ombak Rindu! Best Ke??

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 4:41 PM
Assalamualaikum and hi,
Sekarang ni ramai yang dah heboh pasal Ombak Rindu movie. Yelah kan, collect 4 juta dalam masa 4 hari. Yang terbaru dengar collection dah sampai 9 juta. Huhh..seronok abes lah dorang tu yer.


Nak tanya juga ni, korang semua dah tonton ke kat panggung wayang? Hehe..kepada yang dah tu, ok lah. Yang belum tu bila lagi? Takpa kaklong faham masing-masing sibuk dan takda masa kan.. Its okay!


Ada beberapa soalan yang bermain di fikiran kaklong ni. Antaranya, kenapa lah orang angau sangat dengan filem Ombak Rindu ni? Huhu..soalan memang tak boleh blah gitu! Pada pendapat kaklong lah kan..antara faktor ramai yang serbu panggung adalah kerana...

  • Peminat novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashaari.
  • Minat giler dengan Aaron Aziz..yelah kan orang handsome memang ramai gadis mahupun wanita minat. Bak kata orang, bila dia senyum cair lah..haha
  • Dia ni memang kaki wayang lah.. Setiap show kat panggung tu tak pernah miss... I follow je! hehe

Apa yang kaklong boleh review tentang filem ni..
Jalan cerita dia simple je. Watak pun tak banyak..haha.. Dan yang paling penting jalan cerita dalam filem dengan jalan cerita dalam novel tak sama sangat ok. Kaklong rasa kalau bikin drama lagi meletopp tu..boleh follow 3 novel sekaligus. Kalau filem masa tehad 2 jam je. So, banyak kena potong-potong..haha. Masa kaklong tengok filem ni rasa macam kejap sangat. Kepada yang dah baca semua novel tu mesti rasa alah kejapnya. Tengok-tengok dah nak habis..huhu

Antara sebab kaklong menggagahkan diri untuk pergi tengok jugak movie ni kerana kaklong memang suka watak Izzah dan Hariz yang dibawa dalam novel tu yer.. bukan dalam panggung..haha.
Sebelum ni kaklong dah banyak kali khatam 3 novel ni tau. Tu tengok yang novel first tu macam dah uzur sikit..betapa lamanya novel ni..haha yang kedua ketiga tu kaklong jaga elok sikit,,haha. Novel kedua kulitnya old version. Kalau korang perasan sekarang dah bersalin wajah.haha

kepada peminat Ombak Rindu better you grab all this 3 books. Alamak promo sudaa..hihi ;)
  1. Ombak Rindu
  2. Cinta... tiada akhirnya
  3. Rindu Cintaku


p/s: next entry kaklong ceritakan pasal sinopsis keseluruhan tiga novel ni ye..tunggu!...


2 budak comel:

Al Basirah said...

kite minat lisa. reason nk tgk ombak rindu :D

KakLong AiNa said...

Ehehe... :)

 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review