Suka Blog KakLong tekan like! :)

Asa Usul Api

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 10:03 AM 4 budak comel
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini.


Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan, maka Allah SWT telah memerintahkan Jibril a.s. supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s.


Maka Jibril a.s. pun meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.
Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : Sebesar kurma...
Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia, nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..


Memandangkan keadaan yang rumit ini, maka Jibril a.s. pun menghadap Allah SWT untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia. Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk di bawa ke dunia.


Maka Jibril a.s. pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70


Selepas itu Jibril a.s. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi. Tetapi sejurus setelah diletakkan, tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair. Maka cepat-cepat Jibril a.s. mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain-lain lagi.




PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya, bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA. Moga ada manafaat dari riwayat ini.


Sumber : InFiNitY

Koleksi Pixels Bead

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:43 PM 0 budak comel
Sesiapa yang nak grab satu boleh click sini..

Click Here











Click Here


EiraBiz Shoppe

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 12:31 PM 3 budak comel
EiraBiz Shoppe ada buat sales. JOM kita tengok dulu apa yang best..!




Owner EiraBiz Shoppe a.ka. Aina Eira...ehehe a.k.a kaklong nak let go semua pixel beads ni. Let go pada harga lelong. Murah-murah je semua. Korang jangan lepaskan peluang ni tau untuk dapatkan pixels ni pada harga serendah RM1.00 je satu. Murah giler lah..
**click pictur above to join**

Sale begins 18th December untill 24th December 2011 (11.59pm)


Memang nak kasi clear stock.. because next year I'll concentrate on my SPM. huhu.. Seram jugak tau bila mengenangkan. Semua perasaan bercampur baur. Takut, gembira, sedih... ye lah kan.. tahun depan tahun terakhir persekolahan.. Memang terasa jugak lah. huhu.. Tapi ramai orang cakap, wahhh...bestnya pasni tak payah pergi sekolah dah, tak payah bangun pagi-pagi bersiap ke sekolah. Takda lagi HomeworK!..

tapi... 

sampai bila kita akan rasa seronok tu.. lama-lama pun mesti boring kan. 'Boringnya aku kat rumah, kat sekolah lagi best, ada kawan, boleh lah bergossip'.. haha tau pun boring, tau pun rindu zaman persekolahan..kuang.kuang.kuang!


p/s: Jangan lupa join sales ni, ajak member-member sekali yew!!


Kemaskini Blog

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 10:33 AM 2 budak comel
Assalamualaikum..


Cuba tengok blog kaklong ni. Cantik tak? Sebenarnya tak ada lah cantik mana pun, templete simple yang amat kan.. Hurmmm.. tu lah.. ni pun kaklong tengah duk mengemaskini blog ni. Tapi kaklong ni pun bukanlah full time mengadap blog ni. Masih banyak lagi perkara yang lebih penting yang perlu dilaksanakan.. Huhui..sibuk mengemas rumah.. Bilik ni pun nak clearkan..kasi cantik cun!


 
haha..jadi macam ni suda. banyak lagi yang perlu dibereskan!

Aduy..Pening2..

Ombak Rindu! Best Ke??

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 4:41 PM 2 budak comel
Assalamualaikum and hi,
Sekarang ni ramai yang dah heboh pasal Ombak Rindu movie. Yelah kan, collect 4 juta dalam masa 4 hari. Yang terbaru dengar collection dah sampai 9 juta. Huhh..seronok abes lah dorang tu yer.


Nak tanya juga ni, korang semua dah tonton ke kat panggung wayang? Hehe..kepada yang dah tu, ok lah. Yang belum tu bila lagi? Takpa kaklong faham masing-masing sibuk dan takda masa kan.. Its okay!


Ada beberapa soalan yang bermain di fikiran kaklong ni. Antaranya, kenapa lah orang angau sangat dengan filem Ombak Rindu ni? Huhu..soalan memang tak boleh blah gitu! Pada pendapat kaklong lah kan..antara faktor ramai yang serbu panggung adalah kerana...

  • Peminat novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashaari.
  • Minat giler dengan Aaron Aziz..yelah kan orang handsome memang ramai gadis mahupun wanita minat. Bak kata orang, bila dia senyum cair lah..haha
  • Dia ni memang kaki wayang lah.. Setiap show kat panggung tu tak pernah miss... I follow je! hehe

Apa yang kaklong boleh review tentang filem ni..
Jalan cerita dia simple je. Watak pun tak banyak..haha.. Dan yang paling penting jalan cerita dalam filem dengan jalan cerita dalam novel tak sama sangat ok. Kaklong rasa kalau bikin drama lagi meletopp tu..boleh follow 3 novel sekaligus. Kalau filem masa tehad 2 jam je. So, banyak kena potong-potong..haha. Masa kaklong tengok filem ni rasa macam kejap sangat. Kepada yang dah baca semua novel tu mesti rasa alah kejapnya. Tengok-tengok dah nak habis..huhu

Antara sebab kaklong menggagahkan diri untuk pergi tengok jugak movie ni kerana kaklong memang suka watak Izzah dan Hariz yang dibawa dalam novel tu yer.. bukan dalam panggung..haha.
Sebelum ni kaklong dah banyak kali khatam 3 novel ni tau. Tu tengok yang novel first tu macam dah uzur sikit..betapa lamanya novel ni..haha yang kedua ketiga tu kaklong jaga elok sikit,,haha. Novel kedua kulitnya old version. Kalau korang perasan sekarang dah bersalin wajah.haha

kepada peminat Ombak Rindu better you grab all this 3 books. Alamak promo sudaa..hihi ;)
  1. Ombak Rindu
  2. Cinta... tiada akhirnya
  3. Rindu Cintaku


p/s: next entry kaklong ceritakan pasal sinopsis keseluruhan tiga novel ni ye..tunggu!...


300th Follower

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:34 PM 3 budak comel
Tengah asyik duk blogwalking. I follow you, You follow I... Tengok-tengok sekali follower kaklong dah sampai 300. Jom kita tengok siapakan follower bertuah tu!!

** click to enlarge picture **

Congratulation to Fieka


Kerja atau Cuti?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 2:54 PM 6 budak comel
Hai,
Korang semua tengah buat apa tu? Mesti tengah syok duk relaks, bersantai kat rumah bersama-sama family kan...ehehe :D Uikss..ada yang kerja juga ke hari ni? Ish..ish..ish kesian betullah. Tapi macam mana boleh pi kerja pulak ni? Hari ni kan public holiday! Yah walaupun hari ahad kan. Dah memang sah-sah cuti.


Lorhh..hari ni Hari Keputraan Sultan Selangor! Dah lupa ke? Cuba check kat kalendar..hehe. Tapi mungkin siapa yang kerja tu dibayar lebih agaknya. Bayaran dia lain tau kalau nak dibandingkan kerja hari ahad biasa kan. Betul tak? Sape-sape yang setuju sila angkat tangan macam saye! Ehehehe :)


Kepada yang bekerja tu jangan stress2 pulak ye.. Cool and steady je. Toksah duk stress. Jangan sampai jadi macam akak kita yang sorang ni. Kerja entah ke mana! Apa yang penting melakukan sesuatu pekerjaan mestilah dengan keikhlasan hati. Baru rasa berbaloi. Ok!



Tentang Bulan

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 9:50 PM 2 budak comel
Assalamualaikum..


Apa khabar? Hari ni hari apa ye? Oh ya, sabtu kan. Tarikh hari ni cantik kan.. 10.12.2011 Ya, mungkin bagi sesetengah orang tu, takda lah cantik mana pun tarikh tu. hehe :D


Yelah kan, sebelum ni pun dah riuh pasal gerhana bulan penuh. Akan berlaku pada hari ni lah, yup! Dijangka berlaku sekitar jam 10.05pm hingga 10.57pm. Mesti ramai yang teruja kan. Semestinya kejadian Tuhan memang yang paling indah. Korang jangan terlepas peluan tau untuk saksikan sendiri kejadian gerhana bulan penuh ni.


Tapi apa-apa pun seronok tu seronok juga, teruja tu teruja juga..kita ni sebagai umat Islam mesti ada batas-batasnya.  Jadi kita disunatkan untuk mengerjakan solat sunat gerhana matahari atau solat kusuf sebanyak 2 rakaat. Untuk cara-caranya korang boleh rujuk kat sini 





Kaklong is Back!!!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 5:17 PM 0 budak comel
Assalamualaikum...


First of all, minta maaf lama tak meng-update blog setelah beberapa bulan ni. Kak long sendiri pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Aduyai! Hari tu, blog kak long kena virus, then kak long tak tau macam mana nak clear kan..tup tup hari ni kak long cuba buka dah okay. Alhamdulillah! Syukur.


Biasa lah dah lama dah tak update. Mesti banyak cerita yang nak diceritakan. Kisah hidup memang panjang jalan ceritanya. Itu perkara biasa, tak ada yang pelik, yang unik, ok!


Kak long banyak cerita ni, tapi takkan nak tulis semua dalam satu entry kot. Nanti kak long update lagi ye..
Jangan lupa terus support kak long yer. Thank You! 



Orkut funny encouragement scraps, graphics and quotes

 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review