Suka Blog KakLong tekan like! :)

Join GA Ni Jom!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 3:03 PM 5 budak comel
First of all, kenapa kak long join giveaway ni? Urmm..kenapa ek? Entahlah tak tau lah. Rasa macam best je, tu yang menggedik join GA ni. ehehehe :D


Meh kita tengok apa yang best tentang GA kali ni yer..



GA adalah dianjurkan atas kerjasama antara BeLog.Nur dan MusNieda Bakery Katanya first time buat GA macam ni. So, kak long bagi sokongan yer!

Kepada korang yang berminat. Boleh join GA ni dengan syarat....
- buat entry tentang GA ni.
- follow blog BeLog.Nur dan MusNieda Bakery.
- korang boleh klik mana-mana fan page dorang ni (takde paksaan).
- letak banner GA ni kat sidebar then link ke blog BeLog.Nur.
- then tag at least 3 or more.
- tinggalkan ID dan link entry korang yer.


Pemberitahuan penting!!!

Korang kena cepat-cepat join tau! Kerana GA ini end 11.59pm on 4 Februrari 2011. Hadiah misteri menanti. Pemenang dipilih berdasarkan cabutan bertuah! So, cepat join yer. Jangan menyesal pulak nanti.


Kak Long tag semua blogger yang singgah blog kak long dan terbaca entry ni! Especially yang kat bawah ni wajib join tau!! Haha...



p/s: Kalau kak long menang dapat apa ek??? Curious Btol!! ;)

Macam Mana Nak Basuh Ayam?

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 10:42 PM 2 budak comel
Pelik kan kenapa kak long buat tajuk macam tu. Hehe..Takpe yang penting content entry untuk kali ni lah. Korang boleh teruskan pembacaan korang yer!


Sebenarnya hari kak long nak syer tips cara basuh ayam dijamin bersih lagi halal. Ok! Selalunya korang basuh ayam macam mana? Main basuh dalam besen terus ke? Ataupun basuh ayam satu-satu. I mean, basuh seketul2 ayam tu? Lepas tu terus goreng ke apa. Haha


So, apa pendapat korang?


Ok, ni nak bagitau ni. Erk, macam mana nak mulakan yer. Macam mana nak explain bagi korang semua faham. Takut nanti ada yang tersalah faham pula. Kak long pulak yang dosa kang!!


Urmm..okay.. Macam ni, of course korang tahu bila ayam tu dah disembelih darahnya dah berhenti. So, bila dah basuh ayam tu mesti ada sikit-sikit darah yang tersesat kat dalam daging ayam tu. Itu kira dimaafkan lagi ikut hukum haram ni. Tapi, sebolehnya kita basuh lah ayam sehingga kita yakin bersih yer.. Jangan main..ahh, ok la ni. Cincai lah! (no more like this yaw)


Cara paling baik basuh daging2 ayam tersebut adalah dengan cara mengalirkan air mutlak pada daging ayam tu. Erk, faham tak? Macam ni, maksudnya korang perlu basuh satu-satu. Basuh 2-3 kali atau sampai betul-betul bersih. Tak digalakkan basuh sekali gus semua daging ayam tu. Ataupun basuh berulang kali dengan air yang sama. Dikhuatiri tak jamin kebersihannya.


Ok, bila dah basuh tu baru boleh lah letak rempah untuk digoreng. Baru lah bila makan pun yang halal lagi bersih. Ingat, para ibu sekalian...menjadi tanggungjawab untuk beri anak-anak makan yang halal lagi bersih.


Diharapkan korang faham lah apa yang kak long tulis ni yer. Tak faham boleh tanya. Insya-Allah kak long cuba jawap yer.

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 10:49 AM 7 budak comel
Jika kamu memancing ikan.... 
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, 
hendaklah kamu mengambil ikan itu.

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... 
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu,
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 


Begitulah juga....

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, 
hendaklah kamu MENJAGA hatinya,
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja, 
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, 
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.



Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
dan janganlah menganggap ia begitu teguh, 
cukuplah sekadar keperluanmu.



Apabila sekali ia retak.... 
Akhirnya ia dibuang.... 
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, 
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... 



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
Janganlah kamu terlalu mengaguminya, 
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... 



Anggaplah dia manusia biasa. 
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... 
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.



Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, 



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, 
Mengenyangkan... 
Berkhasiat... 
Mengapa kamu berlengah, 
cuba mencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelezatan? 



Kelak, nasi itu akan basi 
Kamu akan menyesal. 



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, 
MENYAYANGIMU... 
MENGASIHIMU... 
Mengapa kamu berlengah, 
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain? 
Terlalu mengejar kesempurnaan?
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA, 
apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan MENYESAL.... 



Wallahu 'alam.




From: Dato' Dr. Fadilah Kamsah

yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.. 

dan kamu tidak boleh memakannya.. 

yang kamu pasti baik untuk dirimu... 

boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, 

TERIMALAH seadanya.... 

tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... 

jangan terlalu mengharap pada takungannya,

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, 

Sedih tapiii....!!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 4:24 PM 0 budak comel
Hari ini, keputusan permohonan ke sekolah berasrama penuh boleh disemak secara online di sini.



Sebenarnya aku dah check semalam. Hahaha.. Tapi hari ni saja suka-suka nak check lagi sekali. Mana tau dia dah masukkan detail yang sebenarnya. Mengaku je lah yang hakikat sebenar kau tu tak dapat kak long! Huh!! Sedih ni..... tapi kan, rasa best pula tak dapat kan. At least aku tak payah susah-susah tinggalkan sekolah aku ni. Kalau dapat sekali pun, belum tentu lagi pergi kan. Serius aku sayang sekolah aku sekarang. Sayang cikgu-cikgu kat sini!


Dan bila dah dapat mesti lah kena pergi kan. huhu. Yang lecehnya masa nak urus hal pertukaran sekolah nanti. Nanti kena jumpaa cikgu tu lah cikgu ni lah, buat itu ini. Macam-macam nak kena buat. Kesian pulak tengok kawan-kawan yang dapat tawaran ke SBP tuh. Terpaksa skip kelas untuk urus semua tu. 

Yang pastinya ahli 4 Beta semakin bertambah..
Bukan berkurang ok!! Hahh..pelik kan? 
Aku cakap macam tu sebab, semua pelajar tingkatan 4 telah dirombak semula. Ya lah! Dah tu, ada yang nak masuk kelas akaun, ada juga yang dari kelas akaun nak ambil sains. Paling tak faham, yang dah sah-sah dalam kelas sains pun nak tukar kelas. Konon nak masuk kelas first and second. Bagi aku kelas ke berapa sama je. Aliran yang sama kan, so...apa nak tukar-tukar. Aku tak suka buat kerja yang leceh ok. Nanti bila dah tukar kelas, mula lah nak tukar nama kelas dekat buku latihan, nak kena ambil data dari kelas lama transfer ke kelas baru. Cikgu-cikgu antara orang yang paling busy minggu.

Hehehe...bila cikgu dah busy tuh. Faham-faham je lah yer.. Peluang ni bukan datang selalu. Kami apa lagi, boleh relaks. Hehehe.. Bukan apa, nak siapkan homework yang tak siap lagi. Dah la berlambak!! Sesekali kami lengkapkan papan kenyataan kelas, penuhkan. Nanti dapat anugerah kelas paling ceria. Hehehe :D

Dan aku pun nak mem-busy-kan diri aku. Haha..Apa lagi tolong cikgu ler.

Ok lah ni pun homework dah siap lagi. Nasib baik esok cuti sempenan Thaipusam! Bye, nak buat homewok ni.....

Your Best Teacher

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 2:18 PM 0 budak comel
Life is a continual learning experience. Make the commitment to never stop learning, and you'll live a vibrant, fulfilling life. 

During our formal education we get the mistaken impression that we need someone else -- a teacher -- in order to learn. And there are many excellent teachers who have devoted their lives to educating others.
 

However, your best teacher is YOU. Life is always presenting you with learning experiences. You can choose to learn from them or not. It's all in your attitude. Everything that happens to you, both "good" and "bad" -- especially "bad" -- is an opportunity to learn.
 

When you encounter a setback, you have basically two choices. You can choose to be angry and resentful and depressed about it, or you can choose to learn from it. The way you react is completely up to you. If you're angry and resentful, what will that get you? How will it add value and accomplishment to your life?
 

When you choose to learn from every experience, you focus your attention on constant self-improvement and positive enrichment. Life presents lessons to you every day. It's up to you to do the learning.

-Ralph Marston

Keychain Contest

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 6:29 PM 3 budak comel
Petang ni aku join contest nie.. Hehe :D Tak nak cerita banyak pasal contest ni. Korang yang rasa-rasa nak join contest ni cepat-cepat join yer, tarikh tutup contest ni pada 15 Januari 2011. Tinggal lagi berapa hari je. 

Cepat2 join tau! 

Syarat-syarat nak join contest ni:
  • Korang hanya perlu menjadi salah seorang follower EiRa’Shoppe.
  • Kemudian, buat entry tentang keychain ni. Letak banner/gambar di atas.
  • Tag entry anda sekurang-kurangnya kepada 6 orang rakan anda. Lagi banyak lagi bagus.
  • Jangan lupa  tinggalkan jejak entry anda di sini. Ini memudahkan pihak EiRa'Shop untuk buat rujukan.

    Contest ni tamat pada 15 Januari 2011 yer kawan-kawan!!!

    Kalau korang menang dapat hadiah keychain ni lah:

    Keychain Cincin

    &

    Keychain Nama


    Maknanya korang dah dapat 2 keychain tu!!
    Yang bestnya, korang boleh request warna apa yang korang nak!

    Para pemenang dipilih mengikut kategori;
    - kategori entry paling menarik -
    - 5 follower bertuah (dipilih secara random) - 

    So, korang cepat join sebelum terlambat.
    Jangan menyesal nanti!




Kali ni, Kak Long nak tag kamu...!!
~ Daus ~
~ Amani ~
~ Hanim ~
~ Erza ~


Yang mana tak kena tag, pun boleh join jugak yer!
Jangan segan-segan nak join tau!

Minggu Pertama Persekolahan

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 3:38 PM 2 budak comel


Oleh sebab dalam masa seminggu ni kak long tak post new entry, hari ni nak wat review sepanjang minggu pertama sesi persekolahan 2010 2011. Huhh.. Mungkin banyak benda yang nak diceritakan. Biasalah orang baru masuk ke menengah atas, nak sama macam budak darjah 1 masuk sekolah... eh silap, budak darjah 1 tu budak sangat. Budak form 1. Hahaha!




Hari Pertama - Bangun pagi, punya bersemngat! Tak sabar-sabar nak pergi sekolah tu. Awal gila bangun. Lepas dah siap, solat, sarapan dll. Opps, kak long sarapan roti jer ok! Sorry, kak long tak pernah sarapan berat-berat lagi. Takut nanti dalam kelas perut memulas. Haha :) Teruk la kak long ni!! Lepas tu, pukul 7 pagi, gerak ke sekolah. Orang semangat ni. Best..so, dah decide masuk kelas sains. Dapat masuk kelas Beta! Alhamdulillah ahli 4Beta semua melayu@islam. Urmm, bagus lah macam tu. Lagi sekali tahun ni, Kak Long dipertanggungjawabkan untuk ceriakan kelas. Aduhh, ingatkan nak pencen, tapi tak sampai hati nak kecewakan cikgu. Tulah, memandai je dorang cadangkan kak long! Jeling jer dorang tapi tak ambil kisah pun. Cikgu pun tengok aku dengan muka penuh pengharapan. Aku pun apa lagi, tak sampai hati kan. Kalau aku tak ambil tanggungjawab tu, siapa yang nak kan! :P Orang lain pun tengok macam tak nak je, lama jugak duk fikir. Pastu, terus setuju je lah. Kawan-kawan baik aku tak nak tolong lantak lah, aku buat sorang-sorang. Lagipun kawan-kawan yang gila-gila ada! Haha :) Dorang ni kena sekepala baru cun! 


Ingatkan hari pertama nak enjoy dulu, orentasi(copp...macam ni ke ejaan nye?), Oren tasi gitu..hahaha:) Jangan gelak!! Sesiapa tau bagitahu kak long ejaan sebenarnya ok. Apa lah kak long ni tu tak tau ke..huhu. Tapi kan, hari pertama semua cikgu setiap subjek buat intro muka ganas tu! Dia hentam cukup-cukup. Kecut perut lah pulak dah. Sangat mengancam. Aku rasa dahi pun berkerut seribu. Ok then cikgu-cikgu semua pun cool...tapi tegas!! Kebanyakkan cikgu dah kenal tahun-tahun lepas. Baguslah. Hey, Ok What! Paling best guru kelas aku lah, keceriaan kelas kalau siap dalam masa sehari dia cakap nak belanja air C2..haha :) Minta maaf yer cikgu, tak sempat nak buat lagi. Cikgu ni orang kedah ke penang? Yang penting cikgu ni Utarian jugak! Korang tau tak apa? Orang utara lah! Ok not bad, at least aku boleh faham apa yang cikgu cakap kadang-kadang ter-slang! Hampa jangan jadi penyegan nah! haha


Hari Kedua - Hari ni terbangun lewat sikit. Aku lihat dunia pun sebab ada orang kejutkan. Haha, kalau tak, tak sekolah lah aku alamatnya hari tu. Hari kedua tak banyak cerita kot. Apa yang ada hanyalah homework, kena buat essay, nota chemistry. Waaa.. :( Budak kelas lain cakap 'Kesian korang ada homework'. Jelous nyer!!


Hari Ketiga - Ada apa ek? Hah, Oreantasi(hehe)! Ingatkan pasal apalah sangat. Last2 pasal intoduction to form 4 subjects je. Dengar ok jer, yang paling mengancam Prinsip Akaun(PA). Huh! Dah decide ambil science stream. Ingat nak tuisyen je PA tu. Sekadar nak tahu main-main gitu. Tambah ilmu untuk persediaan masa depan. Aku taknak ambil kertas PA dalam SPM! Hoho...Pastu terfikir nak tambah subjek ICT jgk. Tapi, boleh ke ek? Cikgu cakap boleh tambah maksimum sampai 11 subjek.  Aku ni tamaknya jugak yer, semua nak belajar. Sabar-sabar. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran! Jangan tamak, Ok Kak Long!


Hari Keempat - Ada homework Biology. Huhu! Tak buat lagi ni. Siap pinjam buku rujukan kat library lagi tau. Konon nak buat rujukan, maklumlah buku teks belum dapat lagi... Tapi satu apa pun belum buat, Haha. Cikgu jangan marah yer. Nanti cepat tua! Belajar Maths, Standard Form. Ok, aku faham kira ok lah tu. Tapi tak buat revision nanti takut lupa lah pulak. Haha. Small matter, minggu ni kita relaks dulu.


Hari Kelima - Paling best sebab balik awal. Hehe, jahat jugak aku ni. Then, hari ni dapat buku teks. Banyak lah pulak. 17 buah buku semuanya. Tapi aku dapat 15 je baru. Buku teks Chemistry & Practical Chemistry tak dapat. Dah habis disapu orang lain dulu. Aku tak sempat nak capai dulu lah. Ambil buku teks pun dah macam beli ikan kat pasar lah. Cikgu letak buku kat atas lantai, korang pilih lah sendiri. Ish3..Astaghfirullah! Kenapa cikgu buat macam tu. Kan tak baik, dah la semua main berebut, dengan ramainya. Ya Allah, sekali dipijak dilangkah buku tu. Apa salahnya cikgu susun. Cikgu ramai pembantu apa. Biar dorang ambil sendiri. Pastu dah la tak beratur. Main serbu je. Aku tak suka macam tu. Aku biar dulu, tunggu keadaan dah reda sikit baru aku ambil bahagian aku. Itu yang dapat 15 buah buku je.. 


Masa nak balik, lupa nak bagitau mak cakap hari tu ambil buku teks. Boleh jemput aku kat sekolah. Apa punya lembap la aku ni. Mula-mula rasa call je bagitau suruh jemput. Tapi mengigatkan mak tak sihat, aku balik jalan kaki je lah. Huih, penat korang tau! Dengan buku yang berat. But its ok, berat-berat pun ilmu... Balik rumah dah macam orang semput. Huhu. Macam pecut 100meter. Hoi kak long, sedarlah yang awak tu dah gemuk sebab tu cepat penat! Yelah kan, sebelum ni duk rumah makan tidur je kan. Mestilah lah bertambah berat badan. Ish3..tak boleh jadi ni kena diet lorh!!






Kena Lagi! Segmen Insan Tersayang

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 6:42 PM 6 budak comel
Hai semua!!


Urmm... tadi kan, masa aku tengah blogwalking. Entah macam mana aku terjerumus ke satu blog ni kan... Dah la tu, ter-follow pulak...hahaha. Tak tau lah kan apa nak jadi. Sebenarnya hari ni free saja so aku blogging lah apa lagi kan. Pastu dah follow ramai-ramai...Tiba2 je aku ditag oleh seseorang yang bernama Rohaida ataupun lebih disenangi dengan panggilan Ieda. Aku kena tag oleh Ieda lah....korang ni tu pun tak faham-faham lagi ke?...


Mula-mula tu ushar2 tengok apa benda lah yang di-tag si Ieda ni. Huhu..tengok sekali... Jeng..jeng..jeng!!!



Aku telah di-tag dalam Segmen Insan Tersayang! oh tidak...alamaks.....

Buat pengetahuan korang, ni lah pertama kali masuk macam ni.. Ishh...tak pernah lagi..dupdap..dupdap. Hehe! Takpe Ieda, aina cuba yang terbaik yew! :) Tapi kan,,, nak kena buat apa ni? Ish, apa lah KakLong ni!!

Hahh...baru aku tau, kena rujuk sini lah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Segmen Insan Tersayang ni.....

Tuan empunya penganjur suruh aku buat.... >>
(yang ni aku copy paste je dari blog pILihaN hAtI)

1. copy banner di atas dan buat satu entry tentang segmen ini..letak banner ini pada entry tersebut..sebelum banner ni uat la into skit lau rajin ye..
2. senaraikan 5 orang yang kamu sayang..(ibu bapa wajib..kawan or saudara mara boleh jugak..gulfren,boyfren dan segala yang angkat-angkat ni tak yah!..jangan nak gatal-gatal k..=P..lebih tak pe..kurang tak boleh!..hehe)
3. guna nama penuh dan ape hubungannya dengan anda..sertakan tarikh lahir jugak ye..
4. buat satu ucapan untuk mereka..format bebas..
5. buat ucapan kepada blogger laen(berkaitan dengan orang tersayang)
6. tag 3 orang sahabat blogger anda

Rileks dulu bro... Ni baru nak jawab soalan-soalan tu >>

Insan yang disayangi ialah kaum kerabat aku..haha :)

Semua ni aku sayang bro...
  1. Aroni Mat Isa (abah) - 5 Mac 1956
  2. Fiveros Othman (mak) - 17 Ogos 1960
  3. Aimi Fazril Aroni (abang) - 27 Ogos 1980
  4. Azimah Adnan (kakak i...) - 10 September 1982 
  5. Ahmad Farizi Aroni (abang) - 13 Mei 1988
  6. Aina Fadhlina Aroni (adik) - 31 Mac 1997
  7. Nor Fazilah (makjang) - 27 Ogos 1969
  8. Muhamad Syafiq Mohamad Noor (cousin) - 20 Februari 1996
  9. Muhammad Syamil Mohamad Noor (cousin) - 3 September 1997
  10. Irdina Azzalea Aimi Fazril (niece) - 6 September 2008

Erk...bro.. aina senaraikan yang ingat birthday je lah ye..hehe :D. Dan minta maaf kalau dah over sampai 10 tu yer. Jangan marah! Nak buat macam mana excited punya pasal.

No boyfriend or girlfriend!

Ucapan untuk orang-orang tersayang >>
`Saya sayang keluarga saya, semoga tali persaudaraan kita akan kekal selamanya'
'Segala susah senang sama-sama kita rasai sorang sikit..hehe'
We All are Big Happy Family

Ucapan buat bloggers lain pula apa eh? >>
Hahh,
Apa yang penting KeLuarGa..Family! faham!!

KakLong nak tag kamu!!!



Mayat Membaca Yaasin

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 2:49 PM 2 budak comel
Aku terbaca artikel ni dari InFiNitY juga..! Subhanallah! Allahuakbar!



"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser... .penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia . Ceritanya begini.. :-


Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la, tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.


Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.



Peringatan : gambar ni sekadar hiasan yer!

Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ihram).




Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam- zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ...

7 Rahsia Cemerlang!

Dari meja kerja KakLong AiNa kul 8:54 PM 0 budak comel
Salam,
Hari ni aku nak kongsi tips dengan korang semua. Hari tu, bila entah, masa tengah khusyuk layari internet terjumpa satu blog ni. Yap, InFiNitY nama blog tu. Blog ni agak menarik bagi aku. Isi kandungan blog ni semua tentang ilmiah. Maksud aku benda yang berilmu, berguna, yang boleh diamalkan. Jadi, selongkar habis blog ni, baca artikel-artikel dia. Best! Menarik! Cun... Minta maaf ye tuan empunya blog, selongkar blog anda tanpa izin. Bukan apa, perasaan ingin tahu begitu meruap-ruap! hehe :)


Masa tengah selongkar tu, terjumpa satu artikel ni. Artikel tentang Rahsia untuk Cemerlang Berdasarkan Surah Al-Mukminun. Yeah! Mungkin korang penah terbaca sebelum ni, never mind baca lagi untuk peringatan ye!



Maksud ayat-ayat di atas:
  1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
  2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
  3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
  4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
  5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
  6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
  7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
  8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
  9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
  10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi, 
  11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. 

Antara 7 RAHSIA UNTUK CEMERLANG yang terkandung
dalam surah Al-Mukminun ni ialah : -

1. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan yang bulat kepada Allah.

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” 

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka, imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap yang positif seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.
“Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” 

Buat satu kerja pada satu masa dengan khusyuk dan tekun. Jika membuat kerja sambil lewa akan membuat banyak kerugian dan membuang masa serta menyebabkan kita ketinggalan.
3. Jangan membuang masa dan tentukan keutamaan. 
“Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” 

Berehatlah sekadar-kadarnya sahaja. Janganlah berlebihan sehingga menyebabkan tujuan asal bekerja atau belajar tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Terlalu banyak hiburan yang melekakan dan melalaikan termasuklah internet.

Setiap Muslim perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk mengawal diri masing-masing. Sekiranya perlu berehat, berehatlah dengan membuat perkara yang bermanfaat seperti bersenam, membaca bahan bacaan yang ringan dan sebagainya atau yang paling baik, membaca Al Quran atau berzikir.
 

4. Hargailah orang lain.
“Dan orang-orang yang menunaikan zakat.” 

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu dan tidak semestinya berkongsi wang sahaja.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan.
“Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” 

Janganlah kita menggunakan alasan bekerja atau belajar dengan melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau apabila stress mencari alasan untuk menelefon atau chatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong…jika kita mencari dan meminta padaNya.
6. Jujur, amanah. 
"Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” 

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak majikan atau untuk pelajar dengan penaja dan ibu bapa untuk bekerja atau belajar bersungguh-sungguh. Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.

7. Menepati masa dan teliti.
“Dan orang-orang yang memelihara solatnya.” 

Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa di pertengahan jalan. Amalkan sikap ini dengan istiqamah. Maksud utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan kemewahan harta yang kita ada. Bahkan harta yang banyak akan melewatkan kita dari memasuki syurga dan mendekatkan dengan api neraka.
Pesanan dari owner blog InFiNitY:
katanya dapat dari sini
http://newszune.blogspot.com
 

KakLong AiNa Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review